Connect with us

Antarabangsa

Tuntut kebebasan bersuara, lebih 100 penulis antarabangsa utus surat kepada Presiden India

Presiden India, Droupadi Murmu menerima sepucuk surat ditandatangani 102 penulis antarabangsa, dari dalam dan luar negara, yang menyuarakan kebimbangan keadaan hak asasi manusia semakin buruk, sekali gus menyeru pembebasan penulis dipenjarakan di negara itu yang menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-75 pada 15 Ogos lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

Tuntut kebebasan bersuara, lebih 100 penulis antarabangsa utus surat kepada Presiden India
Foto: Presiden India, Droupadi Murmu.
  • Presiden India, Droupadi Murmu menerima sepucuk surat yang ditandatangani 102 penulis antarabangsa dari dalam dan luar negara yang menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan hak asasi manusia, gesa pembebasan penulis yang dipenjarakan. 
  • Surat bertarikh 14 Ogos 2022, yang turut ditandatangani Salman Rushdie, menggesa Murmu menyokong idea demokrasi yang menggalakan dan melindungi kebebasan bersuara dengan semangat kemerdekaan India.
  • Penulis yang mendatandatangani surat itu menggariskan bahawa penulis dan ahli intelektual awam tertakluk kepada penangkapan, pendakwaan dan larangan perjalanan yang bertujuan menyekat kebebasan bersuara.
  • Surat itu juga menyatakan bantahan keras terhadap penganiayaan terhadap penulis, kolumnis, editor, wartawan dan artis, termasuk Mohammed Zubair, Siddique Kappan, Teesta Setalvad, Avinash Das dan Fahad Shah.

INDIA – Presiden India, Droupadi Murmu menerima sepucuk surat ditandatangani 102 penulis antarabangsa, dari dalam dan luar negara, yang menyuarakan kebimbangan keadaan hak asasi manusia semakin buruk, sekali gus menyeru pembebasan penulis dipenjarakan di negara itu yang menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-75 pada 15 Ogos lalu. 

Surat itu turut ditandatangani Salman Rushdie sebelum insiden serangan serius berlaku ke atasnya 12 Ogos lalu. Rushdie menyertai PEN America dan PEN International, dua persatuan penulis global, bagi menyampaikan ‘keperitannya’ kepada pejabat tertinggi negara asia selatan itu.

Surat bertarikh 14 Ogos 2022 itu menggesa Murmu menyokong idea demokrasi yang menggalakan dan melindungi kebebasan bersuara dengan semangat kemerdekaan India bagi memulihkan reputasi India yang inklusif, sekular, berbilang etnik dan demokrasi beragama di mana penulis bebas menzahirkan perbezaan pendapat atau pandangan kritikal tanpa berdepan ancaman tangkapan, penyiasatan, serangan fizikal atau tindak balas.

“Kebebasan bersuara adalah asas kepada demokrasi kukuh. Jika hak asasi ini tidak diperjuangkan, hak-hak lain dan janji-janji yang dibuat semasa kelahiran India sebagai sebuah republik merdeka akan dikompromi,” demikian penegasan penulis-penulis terbabit dalam surat mereka.

Dalam Indeks Kebebasan Menulis 2021, PEN Amerika menyifatkan India sebagai satu-satunya negara demokratik dalam senarai 10 negara teratas yang menjadikan penulis dan pemikir intelektual sebagai tahanan.

Surat itu menekankan berkenaan penahanan penulis, termasuk penyair Varavara Rao, yang baru-baru ini dibenarkan ikat jamin.

Kebimbangan serius mengenai ancaman terhadap kebebasan suara dan hak asasi lain di India berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Penulis yang mendatandatangani surat itu menggariskan bahawa penulis dan ahli intelektual awam tertakluk kepada penangkapan, pendakwaan dan larangan perjalanan yang bertujuan menyekat kebebasan bersuara mereka.

Pengarang terkenal seperti Amitav Ghosh, Perumal Murugan, Orhan Pamuk, Jerry Pinto, Salil Tripathi, Aatish Taseer dan Shobhaa De menandatangani surat itu yang turut menyatakan bahawa tindakan ‘trolling’ dan gangguan dalam talian semakin berleluasa, begitu juga dengan ucapan kebencian.

Ia juga mengkritik berkenaan penutupan Internet yang kerap, terutama di wilayah Kashmir, yang mengekang akses kepada berita dan maklumat.

Surat itu juga menyatakan bantahan keras penganiayaan diilakukan kepada penulis, kolumnis, editor, wartawan dan artis, termasuk Mohammed Zubair, Siddique Kappan, Teesta Setalvad, Avinash Das dan Fahad Shah.

Sumber: Pressenza International Press Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending