Terkini
Israel tahan 8,600 warga Palestin – Kumpulan hak asasi manusia
Sekurang-kurangnya 8,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel, termasuk tahanan dari Gaza, demikian menurut Pusat Pertahanan Individu (HaMoked).
- Sekurang-kurangnya 8,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel, termasuk tahanan dari Gaza, demikian menurut Pusat Pertahanan Individu (HaMoked).
- Mereka yang ditahan, termasuk 3,291 individu ditahan tanpa perbicaraan atau pertuduhan di bawah dasar penahanan pentadbiran rejim Israel.
- Demikian perkongsian kumpulan hak asasi manusia itu dalam kenyataan berdasarkan angka dikeluarkan Perkhidmatan Penjara Israel.
- Sekitar 661 warga Palestin diklasifikasikan Israel sebagai “pejuang yang menyalahi undang-undang” ditahan sejak tercetusnya serangan di Gaza pada 7 Oktober lalu.
- “Perlakuan Israel terhadap banduan keselamatan (tahanan Palestin) melanggar hak kesaksamaan, maruah, kehidupan keluarga, pendidikan dan lain-lain, melanggar undang-undang antarabangsa,” kata HaMoked dipetik agensi berita Anadolu, semalam.
Sekurang-kurangnya 8,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel, termasuk tahanan dari Gaza, demikian menurut Pusat Pertahanan Individu (HaMoked).
Mereka yang ditahan, termasuk 3,291 individu ditahan tanpa perbicaraan atau pertuduhan di bawah dasar penahanan pentadbiran rejim Israel.
Demikian perkongsian kumpulan hak asasi manusia itu dalam kenyataan berdasarkan angka dikeluarkan Perkhidmatan Penjara Israel.
Sekitar 661 warga Palestin diklasifikasikan Israel sebagai “pejuang yang menyalahi undang-undang” ditahan sejak tercetusnya serangan di Gaza pada 7 Oktober lalu.
“Perlakuan Israel terhadap banduan keselamatan (tahanan Palestin) melanggar hak kesaksamaan, maruah, kehidupan keluarga, pendidikan dan lain-lain, melanggar undang-undang antarabangsa,” kata HaMoked dipetik agensi berita Anadolu, semalam.
Semalam, tentera Israel berkata mereka menangkap kira-kira 2,550 rakyat Palestin, termasuk 1,300 individu dituduh Tel Aviv sebagai anggota Hamas dari Tebing Barat yang diduduki sejak insiden 7 Oktober lalu.
Tentera penjajah Israel bagaimanapun tidak memaklumkan angka tahanan warga Palestin yang ditahan dari wilayah konflik Gaza. – The Merdeka Times
Terkini
JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
- “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
- Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.
“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.
Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.
Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.
Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.
Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).
Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.
Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR