Terkini
Genosid Israel ke atas rakyat Palestin, kumpulan hak asasi manusia Malaysia hanya ‘senyap’
Tindakan kumpulan hak asasi manusia di Malaysia yang dilihat ‘senyap’ dalam menyatakan bantahan terhadap genosid, pembersihan etnik dan apartheid yang berlaku di Palestin ketika ini dikritik peguam, Lukman Sheriff Alias.

- Tindakan kumpulan hak asasi manusia di Malaysia yang dilihat ‘senyap’ dalam menyatakan bantahan terhadap genosid, pembersihan etnik dan apartheid yang berlaku di Palestin ketika ini dikritik peguam, Lukman Sheriff Alias.
- Lukman Sheriff berkata sepatutnya kumpulan itu pergi ke hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk berdemonstrasi membantah penglibatan langsung negara barat dalam kezaliman dihadapi Palestin.
- Beliau berkata tindakan paling kurang di antara mereka yang menerima dana dan anugerah dari AS patut memulangkan semula pemberian itu kepada kedutaan negara terbabit.
- “Campak aje anugerah hipokrit US ini tetapi tidak. Mereka masih menerima dana dan bantuan US. Ada yang masih bangga dengan anugerah mereka. Kesenyapan mereka defeaning/sangat jelas,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.
- Lukman Sheriff berkata majlis peguam dan pihak lain yang lantang juga sepatutnya menyatakan bantahan genosid dilakukan rejim zionis Israel terhadap Palestin yang berlarutan sejak berdekad-dekad lalu.
KUALA LUMPUR — Tindakan kumpulan hak asasi manusia di Malaysia yang dilihat ‘senyap’ dalam menyatakan bantahan terhadap genosid, pembersihan etnik dan apartheid yang berlaku di Palestin ketika ini dikritik peguam, Lukman Sheriff Alias.
Lukman Sheriff berkata sepatutnya kumpulan itu pergi ke hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk berdemonstrasi membantah penglibatan langsung negara barat dalam kezaliman dihadapi Palestin.
Beliau berkata tindakan paling kurang di antara mereka yang menerima dana dan anugerah dari AS patut memulangkan semula pemberian itu kepada kedutaan negara terbabit.
“Apabila human rights group di Malaysia senyap tidak membantah genocide, ethnic cleansing dan apartheid yang berlaku di Pal*, jelas agenda mereka patut dipersoalkan.
“Sepatutnya berlonggok-longgok NGO hak asasi manusia turun hadapan kedutaan Amerika berdemonstrasi membantah keterlibatan langsung Amerika dalam genocide, ethnic cleansing dan apartheid ini. Paling kurang mereka yang menerima dana dan anugerah dari US patut pulangkan ini kepada kedutaan US.
“Campak aje anugerah hipokrit US ini tetapi tidak. Mereka masih menerima dana dan bantuan US. Ada yang masih bangga dengan anugerah mereka. Kesenyapan mereka defeaning/sangat jelas,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.
Lukman Sheriff berkata majlis peguam dan pihak lain yang lantang juga sepatutnya menyatakan bantahan genosid dilakukan rejim zionis Israel terhadap Palestin yang berlarutan sejak berdekad-dekad lalu.
Katanya, keengganan pihak terbabit membolehkan pendirian mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia dipersoalkan.
“Media kita pula patut boikot mereka yang membawa agenda US ini. Jangan beri ruang sehingga mereka berhenti terima dana US. Boikot sama seperti Starbucks,” katanya.
Lukman Sheriff yang juga terbabit sebagai pasukan undang-undang MyAQSA sebelum ini mengatakan pihaknya akan mengemukakan bukti-bukti berhubung kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam tempoh bulan ini.
Beliau menegaskan pembunuhan beramai-ramai dilakukan rejim zionis Israel adalah jenayah terang-terangan terhadap pembersihan kaum, jenayah menindas kemanusiaan dan jenayah perang yang mana ia di bawah bidang kuasa ICC serta Statut Rom. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Lukman Sheriff
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas