Terkini
MyAQSA kemuka bukti jenayah perang rejim Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Yayasan MyAQSA (MyAQSA) akan mengemukakan bukti-bukti berhubung kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam tempoh bulan ini.

- Yayasan MyAQSA (MyAQSA) akan kemukakan bukti kekejaman dan jenayah perang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam tempoh bulan ini.
- Pasukan undang-undang MyAQSA, Lukman Sheriff Alias berkata, pihaknya melakukan proses siasatan bagi mendapatkan bukti-bukti tersebut termasuk menemu bual penduduk Palestin selain mengambil gambar dan mendapatkan bukti lanjut di sana pada 2019.
- Pihaknya turut bekerjasama dengan kerajaan Palestin serta Kedutaan Palestin di Malaysia bagi kumpul bukti kekejaman dan jenayah rejim Zionis Israel.
- “Pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh rejim Zionis Israel adalah jenayah terang-terangan terhadap pembersihan kaum, jenayah menindas kemanusiaan serta jenayah perang yang mana ia di bawah bidang kuasa ICC serta Statut Rom,” katanya pada sidang akhbar di Kedutaan Palestin di Malaysia di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR – Yayasan MyAQSA (MyAQSA) akan mengemukakan bukti-bukti berhubung kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam tempoh bulan ini.
Pasukan undang-undang MyAQSA, Lukman Sheriff Alias berkata, pihaknya telah melakukan proses siasatan bagi mendapatkan bukti-bukti tersebut termasuk menemu bual penduduk Palestin selain mengambil gambar dan mendapatkan bukti lanjut di sana pada 2019.
Menurutnya, pihaknya turut bekerjasama dengan kerajaan Palestin serta Kedutaan Palestin di Malaysia bagi mengumpul bukti-bukti berhubung kekejaman dan jenayah rejim Zionis Israel.
“Pasukan undang-undang kami akan bertemu secara peribadi dengan pendakwa raya ICC di The Hague, Belanda berhubung penyediaan dan persiapan terhadap bukti-bukti itu, dengan harapan satu tindakan segera dapat diambil terhadap rejim Zionis Israel.
“Pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh rejim Zionis Israel adalah jenayah terang-terangan terhadap pembersihan kaum, jenayah menindas kemanusiaan serta jenayah perang yang mana ia di bawah bidang kuasa ICC serta Statut Rom,” katanya pada sidang akhbar di Kedutaan Palestin di Malaysia di sini, hari ini.
Lukman Sheriff berkata, mana-mana pihak boleh mengemukakan bukti kepada ICC kerana mereka menyediakan platform bagi perkara tersebut yang membolehkan ia dibuat secara terbuka.
“Sehubungan itu, MyAQSA menggesa pendakwa raya ICC untuk menggunakan kuasa mereka mengikut klausa tertentu dalam mengambil tindakan terhadap Israel berdasarkan laporan dan bukti yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata, MyAQSA kekal komited untuk mendapatkan keadilan, keamanan dan akauntabiliti kepada rakyat Palestin.
“Kita akan terus bekerja tanpa lelah dalam memastikan suara-suara mereka yang ditindas ini didengari sekali gus keadilan dapat ditegakkan, manakala jenayah perang dan jenayah menindas kemanusiaan ini dibawa ke pengadilan,” tegasnya.
Sumber: Kosmo
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa2 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas