Connect with us

Terkini

PM bidas sikap hipokrit sesetengah negara tangani isu Israel-Palestin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan mengenai sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara-negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Anwar berkongsi pandangan itu dalam wawancara eksklusif dengan kumpulan media utama Jepun, The Nikkei yang dikendalikan oleh wartawan Norman Goh di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun pada Ahad.
  • “Saya muak dengan hipokrasi ini. Ini bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Saya boleh katakan bahawa hipokrasi sedemikian (berlaku) di banyak negara yang kononnya mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia,” katanya.
  • Perjanjian gencatan senjata yang berkekalan sukar dicapai apabila Amerika Syarikat menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Gaza yang menggesa “gencatan senjata kemanusiaan segera.”

TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan mengenai sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara-negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.

Anwar berkongsi pandangan itu dalam wawancara eksklusif dengan kumpulan media utama Jepun, The Nikkei yang dikendalikan oleh wartawan Norman Goh di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun pada Ahad.

Wawancara itu disiarkan di Nikkei Asia yang juga penerbitan utama Nikkei, Inc. dan akhbar kewangan terbesar di dunia.

“Saya muak dengan hipokrasi ini. Ini bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Saya boleh katakan bahawa hipokrasi sedemikian (berlaku) di banyak negara yang kononnya mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia,” katanya.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, konflik terkini yang bermula pada 7 Oktober lalu itu telah mengakibatkan kematian kira-kira 19,000 penduduk Palestin manakala lebih 50,000 lagi cedera.

Perjanjian gencatan senjata yang berkekalan sukar dicapai apabila Amerika Syarikat menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Gaza yang menggesa “gencatan senjata kemanusiaan segera.”

Anwar berkata isu kemanusiaan turut dialami di negara anggota ASEAN, terutamanya berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar selepas rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

Beliau menekankan mengenai usaha yang dijalankan oleh ASEAN menerusi konsensus lima perkara untuk mencari penyelesaian terhadap isu di Myanmar.

Mengulas mengenai ketegangan di Laut China Selatan dengan beberapa negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia yang terbabit dalam tuntutan wilayah yang bertindih dengan China, Anwar menekankan mengenai perlunya untuk mengelakkan persengketaan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan China.

“Tidak sewajarnya sesebuah negara membuat keputusan sepihak mengenai kedaulatan dan integriti wilayah. Dan kita sepatutnya berunding bersama dalam kalangan ASEAN atau secara dua hala,” katanya, lapor Nikkei Asia.

Berkenaan dengan konflik China-AS, Anwar berkata memihak kepada mana-mana pihak tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia dan rantau ini seharusnya kekal sebagai zon yang aman.

Pendirian Malaysia adalah untuk menjadi rakan dan berinteraksi dengan semua pihak tanpa dilihat sebagai alat kepada mana-mana negara. -BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending