Connect with us

Terkini

“Trend hina agama Islam seolah satu episod diatur untuk cetuskan provokasi,” – CEO YADIM

Trend menghina agama Islam ini semakin menjadi-jadi seolah ia terlihat seperti satu episod yang sedang diatur oleh pihak tertentu untuk mencetuskan provokasi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Trend hina agama Islam seolah satu episod diatur untuk cetuskan provokasi
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
  • “Lepas satu per satu perkara ini berlaku ia dilihat seolah sudah tersusun di mana dalam tempoh satu ke dua bulan pasti isu sedemikian akan terjadi,” – CEO YADIM.
  • Perkara ini tidak boleh dilihat sebagai isu hanya untuk umat Islam semata-mata sebaliknya kita kena bercakap tentang tanggungjawab kolektif seluruh warganegara untuk menjaga keharmonian.
  • Beliau mengingatkan orang Islam untuk tidak bersikap longlai dalam menangani permasalahan ini sebaliknya perlu agresif mempertahankan Islam namun bukan menggunakan keganasan.
  • Tidak mustahil mereka yang menghina ajaran Islam daripada kumpulan Islam sendiri merupakan golongan didoktrin oleh sesetengah pihak untuk membuat provokasi sedemikian.
  • Ini berikutan, kelemahan sesuatu agama sebenarnya lebih berkesan sekiranya penghinaan itu dilakukan oleh penganut agama itu sendiri.
  • “Kita tidak boleh semata-mata mengharapkan tindakan undang-undang tanpa kita menyediakan jawapan yang tuntas kepada penghinaan diberikan ataupun syak wasangka yang ditimbulkan kerana ia menunjukkan bahawa Islam ini agama yang defensif.”

KUALA LUMPUR – Trend menghina agama Islam ini semakin menjadi-jadi seolah ia terlihat seperti satu episod yang sedang diatur oleh pihak tertentu untuk mencetuskan provokasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata demikian susulan beberapa siri kejadian penghinaan ke atas Islam yang seolah menjadi trend di Malaysia pada hari ini.

Terbaharu, The Merdeka Times melaporkan bahawa seorang individu berbangsa India seolah melakukan tindakan provokasi apabila dia memuat naik beberapa gambar menunjukkan tubuhnya bertatu berbentuk singa yang mengandungi kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem.

Tuan Kamarul Arief berkata, lepas satu per satu perkara ini berlaku ia dilihat seolah sudah tersusun di mana dalam tempoh satu ke dua bulan pasti isu sedemikian akan terjadi. 

Justeru itu, penghinaan secara bersiri ini wajar ditangani dengan cara terbaik.

“Perkara ini sebenarnya ia banyak kaitan dengan proses kepada memberikan kesedaran, pendidikan tentang sensitiviti dalam kalangan masyarakat dan itu adalah tugas dakwah dan ia dia tidak boleh berdiri sendiri.

Perlu ada kekuatan iltizam politik dan bantuan intervention dari kerajaan,” katanya pada The Merdeka Times yang turut menambah bahawa hal ini juga perlu melibatkan sebagai sebuah negara majmuk.

Ini berikutan, perkara ini tidak boleh dilihat sebagai isu hanya untuk umat Islam semata-mata sebaliknya kita kena bercakap tentang tanggungjawab kolektif seluruh warganegara untuk menjaga keharmonian.

Mengulas lanjut berkenaan tindakan lelaki berbangsa India tersebut, beliau berkata, “Saya yakin kalau perkara ini berlaku di negara India contohnya penghinaan ataupun penulisan kalimah-kalimah daripada ajaran agama Hindu yang dilakukan umat Islam yang dianggap sebagai menghina ataupun dianggap sebagai kebebasan. 

Saya yakin perkara ini tidak akan dapat diterima bahkan mungkin akan mencetuskan konflik berdarah di negara itu.”

Beliau turut meluahkan kekesalan dengan tindakan itu yang menunjukkan bahawa orang ramai semakin berani untuk menyentuh sensitiviti agama sekaligus mencetuskan provokasi.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang Islam untuk tidak bersikap longlai dalam menangani permasalahan ini sebaliknya perlu agresif dalam mempertahankan Islam namun bukan menggunakan keganasan.

Mengulas berkenaan kejadian penganut agama Islam sendiri menghina agama mereka, beliau tidak menolak berkemungkinan ia disebabkan oleh pengalaman buruk penganut agama terkait yang berlandaskan Islam di mana mereka menyangka bahawa itu merupakan keburukan agama tersebut.

Dalam masa yang sama beliau juga berpandangan, tidak mustahil mereka yang menghina ajaran Islam daripada kumpulan Islam sendiri merupakan golongan yang telah didoktrin oleh sesetengah pihak untuk membuat provokasi sedemikian.

Ini berikutan, kelemahan sesuatu agama sebenarnya lebih berkesan sekiranya penghinaan itu dilakukan oleh penganut agama itu sendiri. Oleh itu, kita tidak boleh nafikan kemungkinan wujud gerakan-gerakan seperti ini terutamanya mereka yang menyokong idea liberalisme yang melampau dan sebagainya.

Justeru katanya, “Kita tidak boleh semata-mata mengharapkan tindakan undang-undang tanpa kita menyediakan jawapan yang tuntas kepada penghinaan diberikan ataupun syak wasangka yang ditimbulkan kerana ia menunjukkan bahawa Islam ini agama yang defensif.

“Tindakan undang-undang itu diperlukan untuk mencegah daripada perkara itu mencetuskan reaksi negatif.

Sebagai contoh kelab komedi yang ditutup itu dia bukan kerana kita takut Islam akan semakin dihina dikelab itu tetapi tindakan kerajaan menutup premis tersebut ialah untuk mengelakkan daripada berlaku reaksi yang lebih agresif dan ekstrem daripada kumpulan tertentu yang berisiko mengambil tindakan hingga menyebabkan berlaku pertumpahan darah.”

Katanya, perkara itu bukan bermaksud kita tidak mahu orang menyebarkan apakah dark secret of Islam sebab kita yakin sebab Islam adalah cahaya daripada Allah dan tiada perkara pun yang nak disembunyikan tapi kita nak menjaga maslahat lebih ramai kerana itu tindakan undang-undang juga diperlukan.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *