Connect with us

Terkini

“Semangat Najib tidak akan pudar dan perjuangan UMNO tetap segar” – Zahid Hamidi

Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Biro Politik parti terbabit bakal mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat. 

Wartawan TMT

Published

on

“Semangat Najib tidak akan pudar dan perjuangan UMNO tetap segar” - Zahid Hamidi
  • Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Biro Politik parti terbabit bakal mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat.
  • “Semangat Najib tidak akan pudar dan perjuangan UMNO tetap segar,” – Zahid Hamidi.
  • Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyeru untuk bersatu hati dan tenaga agar perjuangan Najib terus menyala.

KUALA LUMPUR – Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Biro Politik parti terbabit bakal mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat. 

Beliau berkata keputusan Mahkamah mengekalkan sabitan ke atas Najib selepas rayuan itu merupakan detik duka buat UMNO. 

“Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti.

“Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat,”

“Tiada pengkhianatan sesama kita!

“Kita tahu mana lawan dan kawan sebenar!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyeru untuk bersatu hati dan tenaga agar perjuangan Najib terus menyala. 

Advertisement

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa semangat Najib tidak akan pudar dan perjuangan UMNO tetap segar.

“Kami berada di luar dan dalam mahkamah tadi turut berasa sangat hiba, ada yang sebak dan teresak-esak menangis dari hati yang luhur. Namun ini tidak bermakna kami berputus asa.

“Kami percaya ada malam yang gelap pasti akan ada siang yang cerah. Masa akan menentukan segalanya. Buat Datuk Seri Najib Razak dan ahli UMNO sekalian ingatlah ayat 40 surah al-Taubah, Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita,” katanya.

Beliau juga turut berharap bekas Perdana Menteri keenam itu diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan itu dan menyifatkan Najib sebagai pejuang tulen yang tidak mudah patah semangat dan terus berjuang. 

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Advertisement

Sumber: Facebook Zahid Hamidi 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending