Connect with us

Terkini

Sekurang-kurangnya satu Ahli Lembaga Pengarah wanita dalam syarikat tersenarai bursa bermula September – PM

Kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan kaum wanita yang telah banyak berjasa terhadap arus pembangunan negara, dan mereka bukan sahaja perlu dihormati tetapi wajar diberikan pengiktirafan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Wartawan TMT

Published

on

Sekurang-kurangnya satu Ahli Lembaga Pengarah wanita dalam syarikat tersenarai bursa bermula September
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • 1 September ini semua syarikat besar dengan permodalan pasaran RM2 juta (pada 31 Disember 2021) akan melaksanakan keperluan itu, manakala bagi syarikat-syarikat lain akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2023.
  • Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga telah meminda senarai keperluan Bursa Malaysia bagi mewajibkan semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah wanita.
  • Kerajaan tubuh Majlis Wanita Negara (MWN), Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara (JEWN) dan Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri (JKWNi) bagi memperkasa peranan wanita di peringkat Persekutuan dan negeri.
  • Perdana Menteri juga turut seru penglibatan golongan wanita dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada tahun 2023.

Kuala Lumpur – Kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan kaum wanita yang telah banyak berjasa terhadap arus pembangunan negara, dan mereka bukan sahaja perlu dihormati tetapi wajar diberikan pengiktirafan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila kerajaan antara lain bersetuju menubuhkan Majlis Wanita Negara (MWN), Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara (JEWN) dan Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri (JKWNi) bagi memperkasa peranan wanita di peringkat Persekutuan dan negeri pada akhir tahun lepas.

“Baru-baru ini, Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual (AGS) 2021 juga berjaya diluluskan di peringkat Dewan Negara untuk dikuatkuasakan secara berperingkat.

“Di bawah kerajaan ini, Rang Undang-undang ini telah diluluskan untuk melindungi bukan sahaja golongan wanita, tetapi juga golongan lelaki daripada gangguan seksual,” katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Wanita Malaysia anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini pada Isnin.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, serta Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Ras Adiba Radzi, dan Presiden PERTAMA Sariha Mohd Ali.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga telah meminda senarai keperluan Bursa Malaysia bagi mewajibkan semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah wanita.

Beliau berkata, bermula 1 September ini semua syarikat besar dengan permodalan pasaran RM2 juta (pada 31 Disember 2021) akan melaksanakan keperluan itu, manakala bagi syarikat-syarikat lain akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2023.

Advertisement

“Sebelum ini, saya telah mengarahkan agar penyertaan golongan wanita dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada tahun 2023,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sehingga kini 210 buah syarikat sendirian berhad telah mempunyai lebih 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah syarikat daripada 900 syarikat sendirian berhad.

Sementara itu merujuk kepada peranan pengamal media wanita, Ismail Sabri turut berkata, golongan itu memainkan peranan penting, dan kerajaan memerlukan sokongan mereka untuk menyebar luas maklumat tepat kepada rakyat.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut meluluskan dana RM300,000 untuk kegunaan aktiviti PERTAMA dan berharap persatuan itu dapat membantu kerajaan dalam menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan negara.

“Saya yakin, ramai lagi nama besar wanita dalam pelbagai bidang di negara ini adalah dalam kalangan mereka yang pernah menjadi wartawan, dan kejayaan PERTAMA membantu melahirkan golongan berkaliber ini sangat mengagumkan,” katanya. 

Sumber: Bernama

Advertisement

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending