Connect with us

Terkini

PRU15: PH tidak akan bekerjasama dengan PN, noktah! – Rafizi

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata Pakatan Harapan (PH) tetap tidak perlu mewujudkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

PRU15: PH tidak akan bekerjasama dengan PN, noktah! - Rafizi
Foto: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
  • Perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat PH yang diadakan pada Rabu lepas.
  • “Kita akan terus berkempen dalam PRU15 sebagai PH,” – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli 
  • PKR sebagai tulang belakang PH berpegang kepada prinsip satu gabungan melibatkan semua kaum di negara ini, dan sekiranya niat gabungan bersama PN tidak betul iaitu hanya menggunakan alasan untuk menumbangkan BN, ia akan mewujudkan satu kerajaan yang tidak stabil.
  • “Menang atau kalah belakang kira, kami (PKR) mahu pertahankan idealisme kami.”

SEREMBAN – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata Pakatan Harapan (PH) tetap tidak perlu mewujudkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rafizi berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat PH yang diadakan pada Rabu lepas.

“Mesyuarat PH pada Rabu lepas sudah buat keputusan noktah. Maksudnya kita akan terus berkempen dalam PRU15 sebagai PH,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban malam tadi.

Katanya, PKR sebagai tulang belakang PH berpegang kepada prinsip satu gabungan melibatkan semua kaum di negara ini, dan sekiranya niat gabungan bersama PN tidak betul iaitu hanya menggunakan alasan untuk menumbangkan BN, ia akan mewujudkan satu kerajaan yang tidak stabil.

“Menang atau kalah belakang kira, kami (PKR) mahu pertahankan idealisme kami. Tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara).

“Mereka pimpinan senior berpengalaman berpuluh tahun, terpulang kepada mereka…saya hanya berpegang kepada keputusan di peringkat PH iaitu noktah (tiada kerjasama dengan PN),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbangkan membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU15 adalah BN.

Advertisement

Sumber : Bernama

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending