Connect with us

Terkini

Peguam Diraja UK fail rayuan kes SRC Najib

Jonathan James Laidlaw, seorang peguam Diraja dari United Kingdom (UK) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan terakhir beliau membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Wartawan TMT

Published

on

Peguam Diraja UK fail rayuan kes SRC Najib
Foto: Jonathan James Laidlaw, seorang peguam Diraja dari United Kingdom (UK).
  • Peguam Diraja dari United Kingdom (UK) Jonathan James Laidlaw telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
  • Ia berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd
  • Rayuan dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 19 Akta Profesion Undang-undang 1976.

KUALA LUMPUR – Jonathan James Laidlaw, seorang peguam Diraja dari United Kingdom (UK) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan terakhir beliau membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Laidlaw merayu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 21 Julai lepas yang menolak permohonannya tanpa kos. Notis rayuan tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada 22 Ogos lepas menerusi Tetuan Shafee & Co yang mewakili Laidlaw selaku perayu. Perkara ini disahkan oleh Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee.

Pada 21 Julai lepas, Ahmad Kamal menolak permohonan itu atas alasan Laidlaw gagal membuktikan beliau memiliki kelayakan khas dan pengalaman untuk mengendali rayuan atau pertuduhan terhadap Najib yang membabitkan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Najib pada 31 Mei lepas telah memfailkan permohonan supaya Laidlaw mewakilinya dalam rayuan kes SRC atas beberapa alasan antaranya beliau memiliki kelayakan, pengalaman dan kepakaran khas yang tidak terdapat dalam kalangan peguam Malaysia.

Melalui notis usul itu, Laidlaw memohon supaya diterima masuk dan didaftarkan bagi menjalankan amalan di Mahkamah Tinggi di Semenanjung Malaysia untuk bertindak sebagai peguam utama Najib dalam rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan serta semua sebab atau perkara lain yang berkaitan dengannya.

Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atas bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Sumber : BERNAMA

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending