Connect with us

Terkini

Najib mungkin dapat pengampunan Diraja – Mahathir

Mantan Perdana Menteri Malaysia sebanyak 2 kali, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Dato Seri Najib Tun Razak yang dipenjara semalam (Selasa) boleh mendapat pengampunan Diraja. Tetapi peluangnya hanya 50 – 50. Mungkin berjaya. Mungkin tidak.

Wartawan TMT

Published

on

pengampunan diraja mungkin boleh dilakukan - tun mahathir
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Dato Seri Najib Tun Razak (kanan).
  • Najib boleh dapat Pengampunan Diraja, peluang 50-50.
  • Sama seperti Pengampunan Diraja yang diberikan kepada kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2018.
  • Kajian menunjukkan kejatuhan parti pemerintah tertua di dunia iaitu UMNO adalah disebabkan isu 1MDB.
  • Atas sebab isu 1MDB ini jugalah Najib dipenjarakan. Ia bersangkutan dengan pelbagai kisah kleptrokrasi, rasuah dan salah guna kuasa.
  • “Andaikan dia disabitkan kesalahan dan dia dipenjara, tentu dia akan meminta pengampunan,” kata Mahathir.

Mantan Perdana Menteri Malaysia sebanyak 2 kali, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Dato Seri Najib Tun Razak yang dipenjara semalam (Selasa) boleh mendapat pengampunan Diraja. Tetapi peluangnya hanya 50 – 50. Mungkin berjaya. Mungkin tidak.

Ini kerana melihat kepada pengampunan Diraja juga telah diberikan kepada Dato’Seri Anwar Ibrahim pada 2018 sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Mahathir ketika ditanya oleh Bloomberg News pada hari Isnin di pejabatnya di Putrajaya, berkata, “Andaikan dia disabitkan kesalahan dan dia dipenjara, tentu dia akan meminta pengampunan.”

“Ada kemungkinan 50-50 dia akan berjaya mendapatkan pengampunan dan kembali ke politik,” Mahathir menambahkan, “Dia akan kembali dan dia ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi.”

Ironinya, Mahathir yang dikaitkan dengan kisah pemenjaraan Anwar pada tahun 2000. Kemudian pada tahun 2018 ketika Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri, beliau juga yang berusaha kepada pembebasan Anwar dengan mendapatkan pengampunan Diraja daripada Sultan Muhammad V.

Selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2018, Mahathir telah menjalinkan kerjasama dengan Anwar bagi membentuk pakatan politik yang dipanggil Pakatan Harapan. Iaitu gabungan Parti BERSATU yang diketuai oleh Mahathir. KEADILAN yang diketuai oleh Anwar. AMANAH yang diketuai oleh Mat Sabu serta DAP yang diketuai legasi legasi Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

Hasil usaha Pakatan Harapan akhirnya membuahkan hasil apabila memenangi Pilihanraya Umum ke -14 pada 9 Mei 2018. Pertama kali Barisan Nasional yang diketuai parti UMNO di bawah kepimpinan Najib dikalahkan oleh pakatan politik parti pembangkang.

Pakatan Harapan mendapat majoriti mudah 113 kerusi di Dewan Rakyat. Ditambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah, mereka mempunyai 121 kerusi keseluruhannya di Parlimen, cukup bagi membentuk kerajaan baharu. Jumlah keseluruhan kerusi Dewan Rakyat adalah 222. Barisan Nasional hanya berjaya menguasai 79 kerusi. Selebihnya dimenangi wakil bebas.

Selama lebih kurang 60 tahun memerintah, parti Barisan Nasional dibawah kepimpinan Najib dikalahkan oleh Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir dan Anwar. Kajian menunjukkan kejatuhan parti pemerintah tertua di dunia ini adalah disebabkan isu 1MDB.

Atas sebab isu 1MDB ini jugalah Najib dipenjarakan. Ia bersangkutan dengan pelbagai kisah kleptrokrasi, rasuah dan salah guna kuasa. Najib pada 28 Julai 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC Internasional.

1MDB menubuhkan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada 7 Januari 2011. Menurut Rancangan Perniagaan SRC bagi tempoh 2011 hingga 2015, SRC akan membekalkan arang batu untuk keperluan jangka panjang negara menjelang tahun keempat beroperasi.

SRC memperoleh pembiayaan daripada geran kerajaan dalam bentuk geran pembangunan sebanyak RM15 juta daripada RM20 juta yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan RM2 bilion pembiayaan daripada Perbadanan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Pembiayaan berjumlah RM2 bilion daripada KWAP telah diterima pada 29 Ogos 2011 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun. Pinjaman itu dijamin oleh kerajaan yang merangkumi faedah prinsipal dan pembiayaan sebanyak RM2.902 bilion.

Selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020,  Najib merayu sabitannya di Mahkamah Rayuan terhadap semua tujuh pertuduhan yang diputuskan Hakim Nazlan Ghazali membabitkan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta dana SRC, yang mana beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib itu. Pada peringkat terakhir rayuan semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam kes SRC International.

Ketika membaca keputusan panel mahkamah, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata: “Menjadi pandangan sebulat suara kami bahawa butir keterangan ketika perbicaraan secara amat jelas mensabitkan semua tujuh pertuduhan sehingga ke tahap menjadi pelanggaran kepada keadilan di peringkat tertinggi jika mana-mana tribunal munasabah, berdepan dengan bukti sedemikian rupa dikemukakan, untuk mendapati perayu (Najib) tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan dikenakan kepadanya.”

Ketua hakim negara mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Diah.

 Sumber : Bloomberg News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending