Connect with us

Terkini

Najib dipenjarakan, netizen laung merdeka!

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat melibatkan pelbagai latar belakang.

Wartawan TMT

Published

on

Najib dipenjarakan, netizen laung merdeka!
  • Hasil tinjauan The Merdeka Times di beberapa platform media sosial rata-rata warga maya menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia.
  • Ada juga yang mengatakan bahawa itu satu tanda amaran buat para ahli politik lain untuk menjauhi rasuah sekaligus membuktikan tiada siapa dapat lari daripada penghakiman.
  • Dalam pada itu, suasana berbeza turut dirasai apabila terdapat segelintir warga maya meluahkan rasa sedih dengan keputusan tersebut.
  • Sekalipun keputusan mendapati Najib bersalah namun rakyat Malaysia tidak boleh menafikan jasa bekas perdana Menteri tersebut sewaktu menjawat jawatan itu dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018 di mana Najib juga memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen Pekan.

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat melibatkan pelbagai latar belakang.

Reaksi yang tidak jauh berbeza sama ada dari golongan muda mahupun mereka yang berusia.

Hasil tinjauan The Merdeka Times di beberapa platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Tiktok dan Instagram rata-rata warga maya menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia.

Antara komen di Instagram:

Komen berkenaan Najib Razak 01

Sementara itu, komen di Facebook pula:

Komen berkenaan Najib Razak 02

Ciapan netizen di Twitter:

Komen berkenaan Najib Razak 03

Ada juga yang mengatakan bahawa itu satu tanda amaran buat para ahli politik lain untuk menjauhi rasuah sekaligus membuktikan tiada siapa dapat lari daripada penghakiman.

Dalam pada itu, suasana berbeza turut dirasai apabila terdapat segelintir warga maya meluahkan rasa sedih dengan keputusan tersebut.

Katanya, sekalipun keputusan tersebut mendapati Najib bersalah namun rakyat Malaysia tidak boleh menafikan jasa bekas perdana Menteri tersebut sewaktu menjawat jawatan itu dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018 di mana Najib juga memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Sebahagian warga maya berpegang kepada kata-kata;

Manusia itu ibarat ikan,
Segemuk apapun pasti punya tulang,
Sekurus apapun pasti punya daging,
Sebaik apapun pasti punya kesalahan,
Seburuk apapun pasti punya kebaikan.

Menurut mereka, jasa Najib dalam menjaga kebajikan rakyat sekalipun ramai tidak mengiktirafnya namun tetap wajar dilihat dan layak mendapat penghargaan.

Komen berkenaan Najib Razak 04

Semalam, Mahkamah Persekutuan memuktamadkan bekas Perdana Menteri keenam itu sah ke penjara setelah keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tengku Mat menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.

Najib, 69, yang juga dikenali dengan nama jolokan Bossku kini perlu menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sebaik sahaja petang semalam dibawa terus ke sana dari Istana Kehakiman di Putrajaya.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending