Connect with us

Terkini

“Mohon pengampunan diraja, itu hak masing-masing,” – Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Najib mempunyai hak untuk membuat rayuan mendapatkan pengampunan diraja selepas dijatuhkan hukuman tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

“Mohon pengampunan diraja, itu hak masing-masing,” - Anwar
Foto: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • “Itu hak masing-masing (memohon pengampunan diraja), tetapi baca dulu penghakiman.” – Anwar Ibrahim.
  • Bagaimanapun beliau berkata pihak yang mendesak Najib diberikan pengampunan itu perlu memahami dan membaca penghakiman yang telah dibuat mahkamah.

SUBANG JAYA – Susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Najib mempunyai hak untuk membuat rayuan mendapatkan pengampunan diraja selepas dijatuhkan hukuman tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata pihak yang mendesak agar Najib diberikan pengampunan itu perlu memahami dan membaca penghakiman yang telah dibuat mahkamah.

“Itu hak masing-masing (memohon pengampunan diraja), tetapi baca dulu penghakiman. Yang dia marah sangat dengan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tu, baca keputusan dia.

“Dia (Najib) tak boleh jawab penghakiman itu maka, dia cuba serang sepertimana yang disebut oleh Ketua Hakim Negara (Tun Tengku Maimun Tuan Mat) bahawa kes terlalu terang, baca dululah.Jangan pakai marah saja. Baca dulu berapa juta masuk akaun mana, apabila dah baca dan tahu takkan kita nak pertahankan,” katanya.

Anwar turut memberikan peringatan kepada pemimpin yang mengambil rasuah supaya tidak rasa selesa dan selamat daripada disiasat oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, terdapat pemimpin yang memang terpalit dengan kes rasuah seolah-olah meraikan tindakan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

“Kalau kita tengok reaksi kepada keputusan Najib itu, ada pemimpin yang rasuah besar pun kata bagus tindakan itu. Aneh juga sebab rasuah tidak boleh khusus kepada seorang.

“Orang yang ada kekayaan berbilion ringgit itu sepatutnya disiasat. Sebab itu saya ingatkan perasuah besar jangan ingat mereka akan terselamat begitu sahaja. Mereka bercakap seolah-olah tak ada apa yang berlaku,”.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending