Connect with us

Kolumnis

Mengapa guru takut mengadu masalah kepada KPM?

Dasar pendidikan negara yang sering berubah-ubah tidak dinafikan memberi cabaran yang besar terhadap para guru.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Cikgu Fadli Salleh

Published

on

Foto: Dr. Anuar Ahmad.
  • Timbul beberapa persoalan tentang ketakutan para guru untuk meluahkan pendapat terus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Persoalan ini timbul rentetan hantaran dibuat Dr. Anuar Ahmad tentang luahan hati seorang guru yang meminta supaya identitinya dirahsiakan.
  • Penulis memberitahu bahawa beliau mempunyai jawapannya, namun mahu melihat jawapan dari PPD, JPN dan KPM.

Dasar pendidikan negara yang sering berubah-ubah tidak dinafikan memberi cabaran yang besar terhadap para guru.

Namun di sebalik cabaran yang dihadapi, para guru dilihat tidak berani tampil secara terang-terangan untuk memberi komen atau membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Melalui sebuah hantaran di Facebook, Dr. Anuar Ahmad yang merupakan pensyarah Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkongsi luahan hati seorang guru tentang kewujudan masalah dalam sistem pendidikan negara.

FB Anuar Ahmad

Walau bagaimanapun, guru tersebut meminta supaya identitinya dirahsiakan.

“Kami para guru Pendidikan Islam amatlah runsing dengan kehendak Kementerian dalam memastikan ilmu yang dicurahkan ‘sampai’ kepada pelajar.

Sambungnya lagi, “DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi), RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan) dan kehendak RPH (Rancangan Pengajaran Harian) TS25 (Program Transformasi Sekolah 2025) tak masuk akal. Pelajar saya secara peribadi masih ramai yang buta huruf jawi dan buta membaca al-Quran.

“Silibus pendidikan Islam begitu racau sehingga tidak tahu ke mana hala tuju. 

“Pada hemat saya, ada beberapa topik yang perlu digugurkan ataupun dimurnikan agar kehendak aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) itu tercapai,” hurainya lanjut.

Oleh disebabkan itu, timbul beberapa persoalan untuk Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dan ahli pasukannya perlu bincangkan dan fikirkan solusinya.

Dr Radzi Jidin

Pertama, kenapa guru-guru tidak membuat luahan/teguran, tidak memberi pandangan/maklum balas melalui ‘saluran betul’ yang sering diuar-uarkan itu?

Kedua, kenapa guru-guru meluah melalui orang tengah seperti ini? Meluah melalui laman guru di Facebook, meluah melalui Twitter, Instagram, TikTok dan seumpamanya?

Ketiga, kenapa ramai guru sanggup mencipta akaun palsu semata-mata demi meluahkan rasa terpendam, untuk menegur sistem pendidikan yang mereka rasa salah?

Padahal guru-guru ini bukannya meluahkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Bukan minta kenaikan gaji. Bukan minta itu ini.

Malahan luahan ini dibuat demi kebaikan sistem pendidikan negara.

Teguran dan luahan hati ini adalah maklum balas yang sangat penting untuk KPM tahu. Ini luahan pelaksanaan dasar paling bawah. Pembina dasar perlu tahu dengan jelas tentang maklum balas dari pelaksana dasar ini.

Soalnya, kenapa para guru menggunakan orang tengah seperti Dr Anuar Ahmad, admin page guru dan akaun palsu?

Apa yang para guru takutkan untuk meluah melalui ‘saluran betul’ tersebut?

Kerana apa?

Saya ada jawapannya.

Cuma ingin lihat jawapan menteri, PPD, JPN dan KPM.

Sumber : Cikgu Fadli Salleh 

 

Author

  • Cikgu Fadli Salleh

    Guru Popular yang mempunyai ratusan ribu pengikut di Facebook dengan gelaran Cikgu Korea. Telah mencipta fenomena dengan mengadakan kelas tambahan percuma secara LIVE terbesar di Malaysia.

    View all posts
Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *