Terkini
Lelaki India bertatu kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem, tindakan provokasi agama?
Adalah menjadi hak seseorang individu bukan Muslim untuk bertatu jikalau dia mahu selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara namun mengapa kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem menjadi pilihan individu tersebut?

- Seseorang individu bukan Muslim ada hak untuk bertatu selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara namun mengapa kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem menjadi pilihan individu tersebut?
- Persoalan itu dilontarkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di Facebook beliau pada hari ini berserta kepingan gambar susuk tubuh seorang lelaki dimuat naik yang didakwa berbangsa India.
- Beliau berkongsikan gambar lelaki itu mempunyai tatu berbentuk singa yang mengandungi kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem.
- “Individu ini nak bertatu apa sekalipun, itu bukan urusan saya tetapi apabila individu ini membuat tatu tertera kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem ke media sosial seolah-olah berbangga mempertontonkan kepada umum, apakah individu ini sengaja membuat provokasi agama atau dia tidak tahu tatunya itu mempunyai kalimah suci bagi orang Islam?”- Firdaus Wong Wai Hung.
KUALA LUMPUR – Adalah menjadi hak seseorang individu bukan Muslim untuk bertatu jikalau dia mahu selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara namun mengapa kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem menjadi pilihan individu tersebut?
Luahan itu dilontarkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di Facebook beliau pada hari ini berserta kepingan gambar susuk tubuh seorang lelaki yang dimuat naik dan didakwa berbangsa India membuat tatu dengan menggunakan kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem.
Kata beliau, isunya bukan individu berbangsa India tersebut bertatu kerana itu adalah hak peribadi lelaki itu tetapi beliau dihimpit dengan dua persoalan berkenaan tindakan individu itu yang didakwa bekerja di sebuah syarikat penerbangan di Malaysia;.
Dua isu tersebut iaitu;
- Kenapa mesti dia & artis tatu itu membuat tatu berbentuk singa yang mengandungi kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem?
- Apa niat individu ini memuat naik gambarnya bertatukan singa yang mempunyai kalimah Islamik ke media sosial? Adakah dia ingin menunjukkan kecantikan seni tatu di badannya semata-mata atau ingin melakukan provokasi sedangkan beliau sedia maklum sensitiviti agama di Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau berkata, “Individu ini nak bertatu apa sekalipun, itu bukan urusan saya tetapi apabila individu ini membuat tatu tertera kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem ke media sosial seolah-olah berbangga mempertontonkan kepada umum, apakah individu ini sengaja membuat provokasi agama atau dia tidak tahu tatunya itu mempunyai kalimah suci bagi orang Islam?”
Beliau juga mengharapkan semoga pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu tersebut bagi menjaga keharmonian dan keamanan Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.
Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel