Terkini
“Kita akan selesaikan hari ini juga,”- Ketua Hakim Negara
“Kita akan selesaikan perkara ini, hari ini juga,” demikian keputusan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, ketika menolak permohonan untuk menangguhkan prosiding kepada esok.

- “Kamu boleh datang esok atau pada bila-bila masa” kata Ketua Hakim Negara kepada Tan Sri Muhammad Shafee.
- Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membantu Hisyam Teh Poh Teik, berhujah agar hujahan permohonan itu bermula pagi esok kerana beliau perlu menghadiri simposium di Parlimen pada petang ini.
- Muhammad Shafee menjelaskan beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu dua jam lalu dan tidak berpakaian dengan sewajarnya.
- Tengku Maimun kemudian tidak membenarkan hujahan ditangguhkan kepada pagi esok.
- Panel hakim berpendirian Peguam Utama telah bersedia dengan hujahan dan memerintahkan hujahan dihabiskan hari ini.
- Muhammad Shafee berkata Hisyam boleh menghabiskan hujahan hari ini dan beliau boleh menyambung hujahan pada pagi esok.
- “Jika semua selesai hari ini, tiada alasan untuk Muhammad Shafee datang esok. Tiada sesiapa akan berada di sini esok,” kata Tengku Maimun.
PUTRAJAYA: “Kita akan selesaikan perkara ini, hari ini juga,” demikian keputusan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, ketika menolak permohonan untuk menangguhkan prosiding kepada esok.
Terdahulu peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membantu Hisyam Teh Poh Teik, berhujah dalam permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya, telah memohon agar hujahan permohonan itu bermula pagi esok kerana beliau perlu menghadiri simposium di Parlimen pada petang ini.
Malah, Muhammad Shafee menjelaskan beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu dua jam lalu dan tidak berpakaian dengan sewajarnya, di samping menegaskan bahawa permohonan berkenaan bukan boleh diambil ringan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram yang menyifatkan ia sebagai alasan untuk menangguhkan prosiding, membantah permohonan berkenaan.
Tengku Maimun kemudian memutuskan untuk tidak membenarkan hujahan permohonan berkenaan ditangguhkan kepada pagi esok.
Beliau berkata, panel mengambil pendirian bahawa Hisyam bersedia dengan hujahan dan memerintahkan peguam itu menyambung hujahannya.
Muhammad Shafee kemudian berkata, Hisyam boleh menghabiskan hujahan hari ini dan beliau boleh menyambung hujahan pada pagi esok.
“Kamu boleh datang esok atau pada bila-bila masa.
“Jika semua selesai hari ini, tiada alasan untuk Muhammad Shafee datang esok. Tiada sesiapa akan berada di sini esok,” kata Tengku Maimun.
Sumber : Berita Harian
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China