Terkini
Kes 1MDB Najib : Saksi jawab “tidak tahu” dan “tidak pasti”
Dalam perbicaraan yang sedang berlangsung kini iaitu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kelihatan ‘terganggu’ dengan jawapan saksi.

- Dalam perbicaraan kes 1MDB yang sedang berlangsung kini, Peguam Muhammad Shafee menyoal saksi pendakwaan yang hanya menjawab “tidak tahu” dan “tidak pasti”
- Saksi ke-26 pendakwaan iaitu bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berulang kali menjawab “tidak tahu” dan “tidak pasti”.
- Shafee tidak faham kenapa saksi itu dipanggil pendakwaan kerana ia tidak berguna.
- Prosiding sedang berhenti rehat bagi perbincangan antara peguam Najib dengan timbalan pendakwa raya mengenai saksi itu.
KUALA LUMPUR – Dalam perbicaraan yang sedang berlangsung kini iaitu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kelihatan ‘terganggu’ dengan jawapan saksi.
Beliau mempersoalkan keterangan saksi yang tidak menjawab soalan berhubung tiga dokumen berkaitan 1MDB yang dikemukakan di mahkamah melalui e-mel yang terkandung dalam penyata saksi.
Ketika disoal Muhammad Shafee, saksi ke-26 iaitu bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berulang kali menjawab ‘tidak tahu’ dan ‘tidak pasti’.
Muhammad Shafee berkata, “Saya tidak faham kenapa saksi ini dipanggil kerana ia tidak berguna kepada kami. Perkara ini tidak membawa kami ke mana-mana. Ia adalah pertama kali saya bertemu dengan saksi macam ini.”
Muhammad Shafee kelihatan terganggu dengan jawapan saksi itu dan memaklumkan bahawa beliau tidak memahami mengapa saksi itu dipanggil pendakwaan.
Beliau menyoal saksi pendakwaan itu pada perbicaraan Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Siti Zauyah ketika ditanya sama ada beliau menyediakan penyata saksi terbabit, beliau berkata ia disediakan oleh dua pegawainya dan hanya ditunjukkan kepadanya pada saat-saat akhir.
Prosiding berhenti rehat bagi peguam berbincang dengan timbalan pendakwa raya dan mendapatkan arahan lanjut mengenai saksi itu.
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah