Terkini
Kedai makan kontroversi tiada sijil halal, disiasat KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dua gerai nasi ayam yang didakwa mengambil bekalan makanan itu dari restoran bukan Muslim seperti tular menerusi media sosial baru-baru ini.

- KPDNHEP jalankan siasatan lanjut berhubung dua gerai nasi ayam yang didakwa mengambil bekalan makanan dari restoran bukan Muslim.
- Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata siasatan terperinci dijalankan dengan kerjasama JAKIM dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.
- Pihaknya telah hubungi KPDNHEP Cawangan Pulau Pinang dan dapati tiada kesalahan di premis berkenaan berdasarkan bidang kuasa di bawah kementerian itu.
- “Menjadi kesalahan apabila kedai itu ‘menulis’ makanan dijual di kedai halal namun produknya tidak halal. Bagaimanapun, kita akan lakukan siasatan lanjut bersama JAKIM berhubung isu berkenaan.”
- Pengguna dinasihatkan agar peka dalam memperoleh produk halal dengan melakukan pemeriksaan terhadap ketersediaan sijil halal dan kebersihan premis sebelum melakukan pembelian.
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dua gerai nasi ayam yang didakwa mengambil bekalan makanan itu dari restoran bukan Muslim seperti tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosol Wahid berkata, siasatan terperinci dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.
Beliau berkata, pihaknya telah menghubungi KPDNHEP Cawangan Pulau Pinang dan mendapati tiada kesalahan di premis berkenaan berdasarkan bidang kuasa di bawah kementerian itu.
“Menjadi kesalahan apabila kedai itu ‘menulis’ makanan dijual di kedai halal namun produknya tidak halal. Bagaimanapun, kita akan lakukan siasatan lanjut bersama JAKIM berhubung isu berkenaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perasmian Kopi Merdeka Tealive di Pavilion di sini pada Rabu, menurut laporan Bernama.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi dua minit 38 saat dua lelaki Melayu memasuki sebuah restoran bukan Muslim di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil nasi ayam kononnya untuk dijual di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara.
Hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang mendapati makanan itu dimasak di cawangan Persiaran Gurney sebelum dibawa untuk dijual di premis di Sungai Ara yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Mengulas lanjut, Datuk Rosol menasihati pengguna agar peka dalam memperoleh produk halal dengan melakukan pemeriksaan terhadap ketersediaan sijil halal dan kebersihan premis sebelum melakukan pembelian.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru para peniaga menurunkan harga jualan makanan memandangkan harga ayam kembali stabil.
Katanya, “Sudah tidak ada alasan untuk mereka (peniaga) kekalkan harga lama tetapi sehingga hari ini kita dapati mereka amat degil untuk menurunkan harga tersebut. Jadi kita telah cari jalan dan periksa, mungkin ada pencatutan dan sebagainya.”
Sumber : Bernama
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah