Connect with us

Terkini

Dikhuatiri berat sebelah, punca Najib mohon Ketua Hakim Negara tarik diri

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.

Wartawan TMT

Published

on

Dikhuatiri berat sebelah, punca Najib mohon Ketua Hakim Negara tarik diri
Foto: Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat (kanan).
  • Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dimohon menarik diri daripada mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan hari ini.
  • Permohonan dibuat demi melindungi kebebasan badan kehakiman, lebih-lebih lagi menjaga reputasinya terhadap pandangan awam.
  • Pada 17 Ogos lalu, beliau menyedari terdapat satu hantaran di laman sosial Facebook telah diterbitkan oleh Zamani Ibrahim pada 11 Mei 2018 yang dipercayai suami kepada Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
  • “Saya sesungguhnya percaya perkembangan baharu ini sungguh membimbangkan dalam mengambil kira fakta bahawa Zamani jelas mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepemimpinan saya terhadap negara ini sebagai seorang perdana menteri dan menyimpulkan bahawa saya menyalur keluar dana-dana harta negara ke dalam akaun akaun peribadi saya.
  • “Oleh kerana beliau suami pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan saya, adalah berkemungkinan beliau akan mempengaruhi pemikiran pengerusi terhadap tuduhan ke atas kebersalahan saya.
  • “Saya selanjutnya menyatakan bahawa oleh kerana sifat hubungan suami isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari olehnya melalui sentimen suaminya terhadap saya,” – Datuk Seri Najib Tun Razak.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.

Peguam, Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama bekas Perdana Menteri itu, berkata demikian ketika prosiding rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda dikenakan terhadap Najib berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

“Ia dibuat dengan penuh rasa hormat berdasarkan isu perundangan. Arahan yang kami terima adalah untuk memfailkan permohonan ini,” kata Hisyam.

Menerusi afidavit sokongan yang difailkan pada Isnin, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, permohonan bukanlah dibuat untuk mengaibkan Mahkamah (terutama Tengku Maimum) dan prosiding-prosiding yang sedang berlangsung.

Sebaliknya beliau berkata, permohonan dibuat demi melindungi kebebasan badan kehakiman, lebih-lebih lagi menjaga reputasinya terhadap pandangan awam.

Katanya, pada 17 Ogos lalu, dia menyedari terdapat satu hantaran di laman sosial Facebook yang telah diterbitkan oleh seorang individu bernama Zamani Ibrahim pada 11 Mei 2018.

“Saya percaya Zamani merupakan suami kepada Tengku Maimun yang merupakan pengerusi panel hakim yang sedang mendengar rayuan akhir saya dalam kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

“Saya sesungguhnya percaya perkembangan baharu ini sungguh membimbangkan dalam mengambil kira fakta bahawa Zamani jelas mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepemimpinan saya terhadap negara ini sebagai seorang perdana menteri dan menyimpulkan bahawa saya menyalur keluar dana-dana harta negara ke dalam akaun akaun peribadi saya.

“Oleh kerana beliau suami pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan saya, adalah berkemungkinan beliau akan mempengaruhi pemikiran pengerusi terhadap tuduhan ke atas kebersalahan saya.

“Saya selanjutnya menyatakan bahawa oleh kerana sifat hubungan suami isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari olehnya melalui sentimen suaminya terhadap saya,” katanya.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending