Connect with us

Terkini

69 aduan buli dalam tempoh seminggu dilancarkan

Jumlah aduan berkaitan kes buli terus mencatat peningkatan kepada 69 selepas portal aduan buli dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) pada 18 Ogos lalu.

Wartawan TMT

Published

on

69 aduan buli dalam tempoh seminggu dilancarkan
Foto: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, sumber Sinar Harian.
  • 28 aduan diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM manakala dua menerusi emel dan aplikasi WhatsApp setakat 25 Ogos.
  • Dua aduan diterima melalui e-mel, 17 panggilan pertanyaan dan 20 pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp.
  • “Kita mahu keadilan untuk semua. Laporan diterima kita siasat satu persatu dengan mendalam sebelum mengambil sebarang tindakan,” – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.
  • “Paling penting kerahsiaan maklumat itu dipegang dalam sistem pelaporan, kita tidak mahu maklumat sulit ini terkeluar, nanti anak-anak mereka pula diberi tekanan.”

SUNGAI SIPUT – Jumlah aduan berkaitan kes buli terus mencatat peningkatan kepada 69 selepas portal aduan buli dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) pada 18 Ogos lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, sehingga 25 Ogos, sebanyak 28 aduan diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM manakala masing-masing dua menerusi emel dan aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, sebanyak dua aduan diterima melalui e-mel, 17 panggilan pertanyaan dan 20 pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Apa yang paling penting kerahsiaan maklumat itu dipegang dalam sistem pelaporan ini, kita tidak mahu maklumat sulit ini terkeluar, nanti anak-anak mereka pula diberi tekanan.

“Mesej yang hendak disampaikan, kita tegas apabila menyentuh isu berkaitan buli dan tidak akan berkompromi,” katanya kepada pemberita selepas program Wacana Dr Radzi Jidin Bersama Komuniti Orang Asli di Pusat Pentadbiran dan Pusat Komersial Asli, di sini pada Khamis.

Mohd Radzi berkata, apabila aduan diterima, siasatan akan terus dijalankan bagi membolehkan ia diselesaikan segera.

Katanya, bagaimanapun tempoh masa untuk setiap aduan diselesaikan berbeza kerana memerlukan siasatan mendalam.

Advertisement

“Kalau mulakan siasatan dengan ada tempoh masa ia akan membawa kepada keadaan jika tempoh itu terlalu pendek, tak sempat siasat habis dah buat kesimpulan.

“Tidak mahu begitu, kita mahu keadilan untuk semua. Laporan yang diterima kita siasat satu persatu dengan mendalam sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Terkini

Pengiktirafan UEC lebih mudah di bawah Menteri Pendidikan sekarang – pensyarah

Pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC) akan jadi lebih mudah di bawah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berikutan ketika ini yang memerintah kerajaan adalah Pakatan Harapan yang berjanji untuk mengiktirafnya.

Hidayah Sani

Published

on

Pengiktirafan UEC lebih mudah di bawah Menteri Pendidikan sekarang - pensyarah
Foto: Dr Anuar Ahmad (hadapan), Fadhlina Sidek (belakang).
  • Ini berikutan ketika ini yang memerintah kerajaan adalah Pakatan Harapan yang berjanji untuk mengiktirafnya.
  • Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad menjelaskan PH tiada pilihan selain iktiraf UEC memandangkan undi kaum Cina telah menyumbang kepada kemenangan gabungan parti itu. 
  • Pandangan itu susulan kesemua parti yang sebelum ini bertegas menentang iktiraf UEC, kini boleh dikatakan seolah tidak lagi boleh diharapkan.
  • “Jadi sebenarnya sudah tiada lagi parti politik Melayu yang benar-benar lantang menentang pengiktirafan UEC. Sekarang yang tinggal hanyalah beberapa NGO Melayu Islam yang sebenarnya tiada taring. Tak boleh diharap juga.” – Dr Anuar Ahmad

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC) akan jadi lebih mudah di bawah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berikutan ketika ini yang memerintah kerajaan adalah Pakatan Harapan yang berjanji untuk mengiktirafnya.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad menjelaskan PH tiada pilihan selain mengiktiraf UEC memandangkan undi kaum Cina telah menyumbang kepada kemenangan gabungan parti itu. 

Katanya, Fadhlina Sidek yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal dari Pakatan Harapan dapat menyelesaikan isu UEC.

“Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek baru dilantik. Di atas meja beliau, tentulah ada lambakan isu pendidikan yang perlu diberikan perhatian dan diselesaikan segera. 

“Semakin lambat tindakan penyelesaian semakin banyak persoalan dan keraguan akan timbul di kalangan rakyat. Salah satu isunya ialah pengiktirafan UEC.

“Saya melihat isu UEC akan dapat diselesaikan olehnya yang berada dalam posisi terbaik untuk memberikan titik noktah pada isu UEC. Pengiktirafan UEC akan jadi lebih mudah di bawah YB Fadhlina, Menteri Pendidikan yang baru ini.

“Dong Zong faham situasi ini. Jadi tentulah mereka akan pastikan yang mereka tidak terlepas peluang terbaik ini untuk mendapatkan pengiktirafan UEC dari kerajaan. Laluan Dong Zong semakin mudah,” tulis beliau dalam hantaran di Facebooknya.

Advertisement

Anuar berkata, sebenarnya janji pengiktirafan UEC di dalam manifesto PH sudah menjadi kemenangan besar buat Dong Zong yang sejak 1975 berjuang untuk memartabatkan UEC malah BN juga pernah memberikan janji yang hampir sama sebelum ini.

Pandangan beliau itu turut disumbang apabila kesemua parti yang sebelum ini dilihat bertegas menentang iktiraf UEC, kini boleh dikatakan seolah tidak lagi boleh diharapkan.

Katanya, dulu penentang utama pengiktirafan UEC ialah UMNO, BERSATU dan PAS iaitu kesemua parti Melayu namun buat pertama kali, UMNO sekarang di dalam kerajaan bersama PKR dan DAP.

Hal ini dilihat, akan menyebabkan pemimpin UMNO hilang suara untuk menentang pengiktirafan UEC.

“Jika tidak suka sekalipun, kena telan juga. Pasti ada sebahagian pimpinan UMNO yang akan tetap menentang pengiktirafan UEC tapi tentu tak cukup kuat untuk kerajaan PH menarik balik janji mereka untuk mengiktiraf UEC.

“GPS dan GRS pula sudah lama mengiktiraf UEC. Jadi tentunya mereka akan menyokong kuat pengiktirafan UEC oleh kerajaan PH.

Advertisement

“Tinggal BERSATU dan PAS sahaja lagi yang ada untuk menentang pengiktirafan UEC. Malangnya sejarah telah membuktikan pemimpin Melayu pertama mengiktiraf UEC  ialah Tan Sri Muhyidin Yasin, Presiden Bersatu.

“Beliau telah mengiktiraf UEC secara ‘partial’ pada tahun 2012 bagi tujuan pengambilan calon guru Bahasa Cina untuk Institut Perguruan Guru (IPG). Adakah ahli Bersatu akan menepuk dulang hingga terpercik ke muka presiden mereka sendiri?” tulis beliau, pada Isnin.

Melihat kepada situasi itulah, beliau beranggapan pemimpin BERSATU tidak akan menentang pengiktirafan UEC sekarang memandangkan sejarah membuktikan presiden mereka sendiri adalah pemula kepada usaha pengiktirafan UEC.

Malah, pengiktirafan ‘partial’ yang dimulakan tahun 2012 tu diteruskan Menteri Pendidikan di bawah kerajaan BN, PH dan PN.

“Saya pernah menimbulkan soalan mengapa KPM ketika itu perlu mengiktiraf UEC untuk calon untuk guru Bahasa Cina di IPG sedangkan cukup ramai calon SPM yang mengambil mata pelajaran Bahasa Cina? 

“Mengapa tidak pilih calon SPM untuk guru-guru Bahasa Cina ke IPG?” tulis beliau yang turut menyifatkan PAS juga tidak boleh diharapkan dalam isu ini.

Advertisement

Anuar mendakwa PAS tidak konsisten dalam isu pengiktirafan UEC dan sekolah vernakular di mana adakalanya parti itu ingin mengiktiraf UEC namun tidak lama kemudian mahu haramkannya pula.

Pegangan PAS yang tidak konsisten ini menyebabkan ia dilihat tidak boleh diharapkan malah Anuar berkata, sebenarnya PAS tidaklah begitu kuat untuk memimpin penolakan UEC.

“Pemimpin PAS dilihat lebih suka mempolitikkan dan menunggang isu UEC dan sekolah vernakular sahaja. Mereka tidak ikhlas dalam memperjuangkan isu menolak pengiktirafan UEC dan sekolah vernakular.

“Jadi sebenarnya sudah tiada lagi parti politik Melayu yang benar-benar lantang menentang pengiktirafan UEC.

“Sekarang yang tinggal hanyalah beberapa NGO Melayu Islam yang sebenarnya tiada taring. Tak boleh diharap juga,” tulis beliau.

Sumber : Facebook Anuar Ahmad

Advertisement

 

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending