Connect with us

Terkini

Kes buli dipercayai berlaku di tandas sebuah sekolah di Taiping

Kes buli dipercayai berlaku di tandas sebuah sekolah di Perak menerusi video yang tular di internet baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes buli dipercayai berlaku di tandas sebuah sekolah di Taiping
Foto: Tangkap layar video kes buli dipercayai berlaku di tandas sebuah sekolah di Perak.
  • Kes buli dipercayai berlaku di tandas sebuah sekolah di Perak menerusi video yang tular di internet baru-baru ini, lapor China Press.
  • Mangsa dipukul dan dibaling baldi dalam sekolah tandas tersebut.
  • Lokasi kejadian belum dikenal pasti.
  • Polis Taiping menyatakan setakat ini mereka belum menerima laporan mengenai kes itu.

Kes buli dipercayai berlaku di tandas sebuah sekolah di Perak menerusi video yang tular di internet baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 59 saat itu, kelihatan seorang pelajar lelaki berpakaian sukan dibuli empat pelajar lain.

Mangsa dipukul, disepak dan dibaling baldi dalam tandas terbabit.

Ketika kejadian, mangsa tidak melawan atau meminta pertolongan.

Tetapi hanya menggunakan lengan untuk melindungi kepalanya sambil menangis, demikian lapor China Press.

Walaubagaimanapun, lokasi kejadian belum dikenal pasti.

Polis Taiping menyatakan setakat ini mereka belum menerima laporan mengenai kes terbabit.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *