Connect with us

Terkini

4,994 kes buli dicatatkan setakat Oktober 2023

Data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dari Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan jumlah kes buli meningkat dari tahun 2021 hingga 2023.

Wartawan TMT

Published

on

4,994 kes buli dicatatkan setakat Oktober 2023
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dari Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan jumlah kes buli meningkat dari tahun 2021 hingga 2023.
  • Berdasarkan data dikongsi Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat pada Rabu, jumah kes buli yang direkodkan pada 2021 adalah 326 kes, rendah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Pada tahun lalu, jumlahnya meningkat mendadak kepada 3,887 kes manakala pada tahun 2023, sehingga Oktober, jumlahnya adalah 4,994 kes.
  • Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

KUALA LUMPUR: Data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dari Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan jumlah kes buli meningkat dari tahun 2021 hingga 2023.

Berdasarkan data dikongsi Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat pada Rabu, jumah kes buli yang direkodkan pada 2021 adalah 326 kes, rendah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Begitupun, pada tahun lepas, jumlahnya meningkat mendadak kepada 3,887 kes manakala pada tahun 2023, sehingga Oktober, jumlahnya adalah 4,994 kes.

“Semua kes ini, siasatan telah dijalankan dan tindakan susulan telah diambil terutamanya dari segi bimbingan kaunseling.

“Kes buli atau gejala sosial ini melibatkan banyak pihak, bukan hanya ibu bapa, NGO juga, kita memerlukan penglibatan daripada mereka.

“Juga komuniti setempat. Tujuan kami untuk memastikan kes buli dapat dikurangkan, pembuli dan mangsa buli dapat diberikan bimbingan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH – Balik Pulau) berkaitan kes buli di sekolah.

Advertisement

Dalam pada itu, Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

“Memang kita akan pastikan kalau ada kes buli bertambah, tindakan yang segera, terutamanya menangani murid sekolah adalah kaunseling, bimbingan.

“Mereka mesti diberi kesedaran dan bimbingan yang sepatutnya, untuk tahu mengapa mereka buli, ingin buli dan lakukan perbuatan buli.

“Kaunseling memang amat mustahak, sekiranya kes bertambah, memang kita akan menambah guru kaunseling di sekolah,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Jangan tangguh, tolak tawaran MARA jika tidak mampu – Asyraf Wajdi

Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak menangguhkan atau menolak tawaran dari Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA. 

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan tidak menangguh atau menolak tawaran Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA. 
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana membantu pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah menjadi keutamaan MARA. 
  • ““Anak saya dapat tawaran ke Institut Kemahiran MARA Besut tapi kami ada masalah wang untuk membayar pendaftaran RM350. Boleh ke saya minta untuk tangguh pengajian dia atau tolak tawaran tersebut?”. Mesej yang saya terima dalam inbox facebook saya pagi ini (semalam).
  • “Saya sudahpun minta semua institusi pendidikan MARA, jika ada kes-kes pelajar yang tidak mampu bayar yuran atau kos-kos awalan lain, terima dahulu mereka masuk. 
  • “Pelajar-pelajar boleh bayar secara ansuran atau banyak kaedah lain untuk membantu”, katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam. 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak menangguhkan atau menolak tawaran dari Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA. 

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana membantu pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah sememangnya menjadi keutamaan MARA. 

““Anak saya dapat tawaran ke Institut Kemahiran MARA Besut tapi kami ada masalah wang untuk membayar pendaftaran RM350. Boleh ke saya minta untuk tangguh pengajian dia atau tolak tawaran tersebut?”. Mesej yang saya terima dalam inbox facebook saya pagi ini (semalam).

“Saya sudahpun minta semua institusi pendidikan MARA, jika ada kes-kes pelajar yang tidak mampu bayar yuran atau kos-kos awalan lain, terima dahulu mereka masuk. 

“Pelajar-pelajar boleh bayar secara ansuran atau banyak kaedah lain untuk membantu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam. 

Asyraf Wajdi memberi peringatan bahawa penglibatan dalam program TVET atau kemahiran disediakan MARA mampu mengubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia. 

Katanya, pelajar mengambil peluang mengikuti program itu berpotensi peroleh gaji yang lumayan dan bermaruah. 

Advertisement

“Yang penting ambil peluang masuk dalam program-program TVET atau kemahiran yang MARA sediakan kerana ia mampu merubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia beserta potensi gaji yang lumayan dan bermaruah,” katanya. 

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata saranan itu terpakai untuk semua Institusi Pendidikan MARA, termasuk Maktab Rendah Sains MARA, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Profesional Mara, Kolej Mara, Kolej Polytech-Mara, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Poly-Tech Malaysia.

Perkongsian Asyraf Wajdi menerima maklum balas baik daripada pengguna Facebook di media sosial beliau. 

Pengguna Facebook Idah Abdullah bersetuju dengan kenyataan Asyraf Wajdi dengan berkata ramai anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah mendapat bantuan MARA. 

“Benar Datuk. MRSM tempat anak saya belajar, B40 memang ramai yang dapat bantuan dari pihak Mara. Mara memang perjuangkan anak-anak B40,” katanya. 

Pengguna Dayang Masturah pula menceritakan pengalaman semasa mendaftarkan anaknya memasuki tingkatan satu di MRSM. 

Advertisement

Dayang meminta pertimbangan pihak MRSM untuk menangguhkan dahulu bayaran dan bantuan untuk persediaan kelengkapan memasuki asrama. 

“Bila baca list segala bayaran terasa berat sangat masa tu. Mana untuk persediaan kelengkapan anak masuk asrama, baju sekolah tapi saya gagahkan diri sahaja masa tu berharap MRSM boleh bagi pertimbangan untuk bayaran tersebut.

“Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan segala pakaian sekolah pihak koperasi MRSM KK yang sediakan. Rasa terharu masa tu dan nak nangis tapi gagahkan diri depan anak tidak nangis,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending