Connect with us

Terkini

 KPM siasat kes pelajar OKU dibuli guru

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan aduan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang dibuli oleh gurunya di sekolah.

Wartawan TMT

Published

on

 KPM siasat kes pelajar OKU dibuli guru
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (bertudung putih) semasa Karnival Outreach Inklusif Dan Kebolehpasaran Madani Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2023 yang berlangsung semalam di AEON Mall, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru.
  • Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan aduan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang dibuli gurunya di sekolah.
  • Menterinya Fadhlina Sidek berkata semua pihak termasuk sekolah terlibat sudah dikenal pasti dan pelbagai pihak dilibatkan untuk memastikan isu itu dilihat secara menyeluruh. 
  • “Insya-Allah kami akan tangani mengikut proses kerja… setakat ini kes dalam siasatan dan kami akan pastikan proses itu berlangsung dengan baik,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 KPM, di sini hari ini.
  • Semalam media tempatan melaporkan, seorang pelajar perempuan OKU di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah didakwa sering dibuli seorang guru wanita sehingga mengalami trauma. 

SHAH ALAM — Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan aduan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang dibuli oleh gurunya di sekolah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata semua pihak termasuk sekolah yang terlibat sudah dikenal pasti dan pelbagai pihak dilibatkan untuk memastikan isu itu dilihat secara menyeluruh. 

“Insya-Allah kami akan tangani mengikut proses kerja… setakat ini kes dalam siasatan dan kami akan pastikan proses itu berlangsung dengan baik,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 KPM, di sini hari ini.

Semalam media tempatan melaporkan, seorang pelajar perempuan OKU di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah didakwa sering dibuli seorang guru wanita sehingga mengalami trauma. 

Pada masa yang sama, Fadhlina meminta orang ramai untuk menggunakan semua saluran yang disediakan seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) dan platform media sosial kementerian untuk membuat aduan berkenaan kes buli atau aduan umum lain.

“Kami nak jemput masyarakat untuk menggunakan saluran yang betul supaya kami dapat tangani semua isu dengan lebih efisien dan efektif berdasarkan proses dan alur kerja kita,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai rungutan ibu bapa bahawa silibus ketika ini dilihat susah dikuasai para murid, Fadhlina berkata KPM melihat isu itu dengan serius.

Advertisement

“Untuk itu, sesi libat urus berkenaan kurikulum sekolah akan diadakan melibatkan semua pihak sebagai persediaan bagi penukaran silibus baharu yang biasanya dibuat setiap 10 tahun sekali dan silibus baharu seterusnya akan dilaksanakan pada 2027,” katanya.

Namun katanya, ibu bapa harus diberi pemahaman bahawa soalan-soalan di sekolah hanya melibatkan lima peratus soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi. 

“Kita kena adil kerana ada anak-anak yang mempunyai kemahiran sedikit tinggi berbanding rakan-rakan lain, jadi lima peratus soalan itu untuk anak-anak yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi ini manakala soalan yang lain itu boleh mereka kuasai mengikut peringkat umur mereka,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Advertisement

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending