Terkini
EKSKLUSIF: “Amat biadap, tutup terus kelab ini segera,” – Ketua Pemuda UMNO dan PAS
Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan dengan segera sebelum wujud lagi pentas-pentas yang boleh menggugat keharmonian dan kerukunan hidup masyarakat majmuk negara ini.

- Kedua-dua Ketua Pemuda UMNO dan PAS sebulat suara bersetuju Crackhouse Comedy Club ditutup.
- Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan dengan segera sebelum wujud lagi pentas-pentas yang boleh menggugat keharmonian dan kerukunan hidup masyarakat majmuk negara ini.
- Merujuk kepada beberapa siri babak lawak yang dipersembahkan di YouTube, kelab tersebut dianggap biadap kerana mencari keuntungan dengan cara mempersenda agama dan menyemai benih kebencian kaum secara halus.
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berpendirian tegas dengan penutupan Crackhouse Comedy Club sebelum wujud lagi pentas-pentas yang boleh menggugat keharmonian dan kerukunan hidup masyarakat majmuk negara ini.
Asyraf turut menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan dengan segera.
“Bukan sekali dua Islam dan perihal kaum tertentu dijadikan bahan lawak jenaka dan komedi oleh Crackhouse Comedy Club.
“Melihat kepada beberapa sedutan babak-babak lawak yang dipersembahkan di YouTube, amat ketara kebiadaban kelab ini yang mencari keuntungan dengan menggunakan pendekatan mempersendakan agama dan menyemaikan benih kebencian kaum secara halus,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam masa yang sama, Yang Berhormat Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS), turut mempunyai pandangan yang sama berkenaan isu tersebut.
Beliau berpandangan kelab komedi tersebut wajar ditutup dengan kadar segera.
“Siasatan perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa pemilik kelab komedi tersebut terlibat dengan aktiviti menghina Islam dan sekiranya ia berjaya dibuktikan, kelab tersebut wajar ditutup.
“Saya bersetuju dan bersama-sama dengan sahabat saya iaitu Yusof Azmi, Syamsul Yusof dan beberapa orang sahabat lagi yang prihatin dengan kemuliaan dan kesucian agama Islam dan ini adalah satu perkembangan yang baik dalam masyarakat,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pagi ini berhubung tindakan Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) yang menggesa pihak berkuasa menutup kelab Crackhouse Comedy petang semalam.
Beliau dalam kenyataan di Facebook turut meluahkan rasa bangga dengan ketangkasan pihak PDRM yang telah menangkap penghina syariat Islam.
Ucapan tahniah turut disertakan kerana pasukan pendakwaan berjaya mengheret individu terkait ke mahkamah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.
Tegasnya lagi, “Jangan bagi muka kepada sesiapa pun yang berani menghina dan memperlekehkan ajaran Islam.
“Saya setuju dengan gesaan agar satu kelab komedi yang terbukti menjadi markaz kegiatan penghinaan ini turut ditutup seberapa segera.
“Sampai masanya kadar hukuman penghinaan terhadap Islam ditingkatkan lagi ke tahap maksimum bagi memberikan pengajaran kepada orang ramai,” ujarnya hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Semboyan Malaysia meminta pihak berkuasa supaya menyegerakan penutupan terus kelab Crackhouse Comedy yang didakwa menyajikan persembahan lawak jelik dan menyentuh sensitiviti agama serta kaum.
Turut hadir, pengarah filem, Syamsul Yusof; pelawak, Sharol Shiro; Yusuf Azmi dan beberapa penyokong serta ahli Semboyan Malaysia sekitar jam 5 petang semalam dilaporkan berada di IPD Brickfields untuk membuat laporan terhadap pemilik kelab tersebut.
Sumber : Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahmad Fadhli Bin Shaari
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah