Connect with us

Terkini

PM tolak LGBT, sekular dan komunis, ‘inilah Anwar Ibrahim yang kita kenali dahulu’ – Mufti

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan tidak mungkin mengiktiraf golongan LGBT, sekular dan komunis disifatkan berjaya menunjukkan sisi  ‘Anwar Ibrahim’ yang komited dengan prinsip Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

PM tolak LGBT, sekular dan komunis, ‘inilah Anwar Ibrahim yang kita kenali dahulu’ - Mufti
Foto: Dari kiri, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Kenyataan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan tidak mungkin mengiktiraf golongan LGBT, sekular dan komunis disifatkan berjaya menunjukkan sisi  ‘Anwar Ibrahim’ yang komited dengan prinsip Islam.
  • Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau sangat menghargai kenyataan sebegitu berikutan ia sangat berisiko untuk seorang pemimpin di peringkat negara melontarkannya.
  • Kenyataan itu akan menimbulkan reaksi negatif khususnya daripada negara barat dan negara-negara yang kurang selesa dengan Islam termasuklah dalam kalangan sebahagian rakyat yang menyokong sekularisme dan kebebasan melampau seperti LGBT.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor turut menyambut baik kenyataan tersebut serta mengharapkan semua masyarakat tanpa mengira agama bersama-sama menangani ideologi seperti dinyatakan Anwar Ibrahim.

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan tidak mungkin mengiktiraf golongan LGBT, sekular dan komunis disifatkan berjaya menunjukkan sisi  ‘Anwar Ibrahim’ yang komited dengan prinsip Islam.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau sangat menghargai kenyataan sebegitu berikutan ia sangat berisiko untuk seorang pemimpin di peringkat negara melontarkannya.

Ini berikutan, kenyataan sedemikian akan menimbulkan reaksi negatif khususnya daripada negara barat dan negara-negara yang kurang selesa dengan Islam termasuklah dalam kalangan sebahagian rakyat yang menyokong sekularisme dan kebebasan melampau seperti LGBT.

Katanya, golongan ini pasti akan memberi reaksi tidak positif ataupun akan menganggap hal ini tidak berpihak kepada mereka.

Kalau itulah kenyataan YAB PM sekarang, maka itulah ‘Anwar Ibrahim’ yang kita kenali dahulu dari gelanggang Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 

“Iaitu seorang islamist dalam erti kata yang komited dengan prinsip Islam tapi tidak melampau. Itulah yang kita harapkan selama ini. 

“Jika kenyataan itu benar, bukan laungan politik semata, ia boleh menghilangkan kerisauan banyak pihak. Semoga YAB PM terus istiqamah dengan prinsip-prinsip Islam,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini.

Tambahnya, kenyataan itu juga akan dapat mengurangkan kegusaran banyak pihak yang selama ini mungkin tertanya-tanya tentang pendirian Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, dalam hal-hal ini terutama bila beliau sering bercakap mengenai hak dan kebebasan.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa negara ini perlu mengekalkan tidak mengiktiraf golongan LGBT serta tidak memberikan ruang kepada suara-suara yang melampau dalam komuniti ini.

“Saya percaya YAB PM amat masak dalam hal seperti ini. Kita akan mengiktiraf kewarganegaraan sebagai seorang warganegara yang mempunyai hak untuk hidup dengan adil dari segi perundangan dan hak-hak sebagai rakyat itu tidak dipertikaikan untuk sesiapa sahaja.

“Namun hak untuk mengamalkan sesuatu yang songsang dan menyeru kepadanya itulah kita tentang dan itu perkara yang jelas. Itu bukan bererti kita menafikan hak atau kebebasan dalam negara ini,” katanya.

Turut menyambut baik kenyataan tersebut, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang mengharapkan semua masyarakat tanpa mengira agama bersama-sama menangani ideologi seperti dinyatakan Perdana Menteri.

Tegasnya, kita perlu menggunakan apa jua cara dan kaedah untuk membanteras ideologi tersebut sekalipun tidak mampu menangani secara keseluruhan setidaknya kita dapat mengurangkan jumlah komuniti  ini.

“Bagi golongan yang beriman dan taat kepada agama memang satu berita yang menyenangkan dan menyelesakan kerana kenyataan tersebut dianggap sesuai dengan ajaran Islam.

“Saya sangat gembira keluar kenyataan sedemikian sebagai seorang mufti ini antara fungsi atau peranan orang yang dianugerahkan kuasa pemerintahan oleh Allah SWT antaranya menyeru amar makruf yakni mencegah dari kemungkaran.

“Jadi apa dinyatakan Perdana Menteri ke-10 ini, saya amat menyokong dan menyeru semua masyarakat tanpa mengira agama bersama-sama menangani ideologi tersebut,” katanya.

Katanya, tindakan tersebut juga bukanlah bersifat ingin meminggirkan golongan itu sebaliknya perlakuan itu jelas tidak dapat diterima kerana ia di luar norma masyarakat.

Justeru, beliau menyeru golongan ini untuk muhasabah diri sekiranya mereka merasakan masyarakat tidak boleh menerima kehadiran mereka.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan golongan LGBT, konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf di bawah pentadbirannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *