Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu, kerajaan baharu rejim Israel akan terus ceroboh Palestin

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan meneruskan dasar memperluaskan pencerobohan haram penempatan di Tebing Barat, maklum parti Likud semalam ketika pemimpin itu bersedia untuk mendedahkan senarai Kabinet baharunya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Netanyahu, kerajaan baharu rejim Israel akan terus ceroboh Palestin
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
  • PM Israel, Benjamin Netanyahu akan meneruskan dasar meluaskan pencerobohan haram penempatan di Tebing Barat.
  • Netanyahu merupakan bekas PM yang mendapat mandat membentuk kerajaan disokong parti Yahudi ultra-Ortodok dan blok sayap ekstrim kanan.
  • Pembentukan kerajaan baharu itu mencetuskan kebimbangan berlaku ketegangan membabitkan tentera di Tebing Barat, di tengah-tengah keganasan terburuk susulan pencerobohan haram Israel ke atasan wilayah Palestin hampir 20 tahun.
  • “Orang Yahudi mempunyai hak eksklusif dan tidak boleh dipinggirkan ke seluruh bahagian Tanah Israel.”- PM Israel, Benjamin Netanyahu.

 

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan meneruskan dasar memperluaskan pencerobohan haram penempatan di Tebing Barat, maklum parti Likud semalam ketika pemimpin itu bersedia untuk mendedahkan senarai Kabinet baharunya.

Selepas memperoleh kemenangan pilihan raya pada 1 November lalu, Netanyahu yang juga bekas Perdana Menteri mendapat mandat untuk membentuk kerajaan yang disokong parti Yahudi ultra-Ortodok dan blok sayap ekstrim kanan.

Pembentukan kerajaan baharu itu ternyata mencetuskan kebimbangan berlaku ketegangan membabitkan tentera di Tebing Barat, di tengah-tengah keganasan terburuk susulan pencerobohan haram Israel ke atasan wilayah Palestin hampir 20 tahun.

“Orang Yahudi mempunyai hak eksklusif dan tidak boleh dipinggirkan ke seluruh bahagian Tanah Israel.

“Kerajaan akan menggalakkan dan membangunkan penempatan di semua bahagian Tanah Israel di Galilea, Negev, Golan, Yudea dan Samariah.

“Kerajaan akan berusaha untuk mengukuhkan pasukan keselamatan dan menyokong pejuang serta polis untuk memerangi dan menumpaskan keganasan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan parti Likud. 

Kenyataan itu menyusul selepas Netanyahu mengumumkan pelantikan bekas jeneral, Voav Galant sebagai menteri pertahanan.

Galant adalah anggota parti Likud dan sekutu rapat Netanyahu diberikan portfolio utama itu sehari sebelum Kabinet dijangka mengangkat sumpah sebelum persidangan Parlimen.

Bekas komander wilayah selatan Israel itu juga pernah berkhidmat dalam beberapa jawatan menteri dalam Kabinet di bawah pentadbiran Netanyahu.

Dilahirkan pada 1958 dan terselamat dalam tragedi holocaust Poland, Galand memiliki kerjaya panjang dalam ketenteraan.

Pernah dilantik sebagai jeneral pada 2002 dan menjadi atase tentera kepada bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon.

Ketua formasi ekstrim kanan Religious Zionism, Bezalel Smotrich, disebut-sebut bakal menjadi menteri yang mengawal hal ehwal sivil di Tebing Barat yang lazimnya dipertanggungjawabkan kepada menteri pertahanan.

Netanyahu juga dijangka mengumumkan Speaker Parlimen baharu, Amir Ohana yang pada 2019, menjadi ahli Parlimen gay pertama dilantik sebagai menteri. – AFP. 

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *