Connect with us

Terkini

Abang Johari jumpa Muhyiddin, rundingan bentuk kerajaan pusat

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan rundingan untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg pada pagi ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Abang Johari jumpa Muhyiddin, rundingan bentuk kerajaan pusat
Foto: Abang Johari Abang Openg
  • Ia beri gambaran PN akan menubuhkan kerajaan pusat selepas keputusan PRU15 semalam menyaksikan kedudukan Parlimen tergantung.
  • “Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas. InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” – Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • PRU15 menyaksikan tiada parti politik yang mendapat majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, menyaksikan kerajaan pusat hanya boleh dibentuk melalui gabungan parti politik.

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan rundingan untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg pada pagi ini.

Hadir sama dalam rundingan itu adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sekaligus memberi gambaran PN akan menubuhkan kerajaan pusat selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam menyaksikan kedudukan Parlimen tergantung.

“Pagi ini saya menerima kunjungan YAB Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas. InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” kata Muhyiddin dalam hantaran Facebooknya hari ini. 

PRU15 menyaksikan tiada parti politik yang mendapat majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, menyaksikan kerajaan pusat hanya boleh dibentuk melalui gabungan parti politik.

Saingan sengit PRU15 menyaksikan PH memenangi 82 kerusi, PN (73 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (GPS) 22 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah – GRS (6 kerusi), Warisan (3 kerusi) dan Barisan Nasional (30 kerusi), PBM (1 kerusi) dan Bebas (2 kerusi). – The Merdeka Times

 

Sumber : Facebook Muhyiddin Yassin 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *