Terkini
Gerobok rezeki setiap DUN, LPT3 jadi taruhan calon Pejuang di Besut
Inisiatif mewujudkan gerobok rezeki di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dilaksanakan untuk membantu mengurangkan beban kewangan B40 di Besut.

- Inisiatif wujudkan gerobok rezeki di setiap DUN akan dilaksanakan bantu kurangkan beban kewangan B40 di Besut.
- Itu antara misi calon PEJUANG, Datuk Wan Nazari Wan Jusoh dalam PRU15 usaha mempercepatkan proses pengagihan bantuan makanan sampai kepada golongan tidak berkemampuan.
- Antara lain; memastikan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) siap sepenuhnya, wujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda dan memastikan setiap projek pembinaan di setiap DUN dinaik taraf tidak hanya tertumpu kepada perumahan tetapi turut merangkumi infrastruktur.
BESUT – Inisiatif mewujudkan gerobok rezeki di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dilaksanakan untuk membantu mengurangkan beban kewangan B40 di Besut.
Itu antara misi calon PEJUANG, Datuk Wan Nazari Wan Jusoh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) usaha mempercepatkan proses pengagihan bantuan makanan sampai kepada golongan tidak berkemampuan.
Katanya, antara beberapa isu lain yang akan menjadi tumpuan pihaknya sepanjang tempoh berkempen ialah memastikan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) siap sepenuhnya.
“Kita juga mahu mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda kerana sekarang ini ramai anak muda terpaksa berhijrah ke luar.
“Di samping itu kita mahu memastikan setiap projek pembinaan di setiap DUN dinaik taraf tidak hanya tertumpu kepada perumahan tetapi turut merangkumi infrastruktur,” katanya.
Wan Nazari sebelum ini pernah menjadi calon Parlimen Besut pada PRU14 atas tiket PKR menerusi pertandingan tiga penjuru sebelum tewas kepada calon BN, Tan Sri Idris Jusoh dengan majoriti 4,599.
Sementara itu PRU15 menyaksikan saingan sengit empat penjuru membabitkan calon BN, PAS, PH serta PEJUANG.
Sumber : Sinar Harian
