Terkini
[VIDEO] Insiden rusuhan di Penamaan Calon Tenom
Hari penamaan calon yang berlangsung di Dewan DSP Antanom, dekat sini, bertukar kecoh dipercayai selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Datuk Peter Anthony selaku calon daripada parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kerusi Parlimen Tenom, lapor Kosmo.
![[VIDEO] Insiden rusuhan di Penamaan Calon Tenom](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/11/video-insiden-rusuhan-di-penamaan-calon-tenom.jpg)
TENOM – Hari penamaan calon yang berlangsung di Dewan DSP Antanom, dekat sini, bertukar kecoh dipercayai selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Datuk Peter Anthony selaku calon daripada parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kerusi Parlimen Tenom, lapor Kosmo.
Kejadian rusuhan berkenaan menjadi tular selepas dimuatnaik salah satu akaun di media sosial Facebook sekitar 30 minit lalu.
Menerusi video tular berdurasi satu minit 37 saat itu, dapat dilihat berlaku kekecohan sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong parti KDM.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit.- KOSMO! ONLINE
Sumber: Kosmo

You must be logged in to post a comment Login