Connect with us

Terkini

Pengundi PKR gesa calon Sungai Buloh ditukar, bimbang KJ menang

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan perbincangan akan dilakukan bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemilihan calon parti itu di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Pengundi PKR gesa calon Sungai Buloh ditukar, bimbang KJ menang
Foto: Rafizi Ramli.
  • Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli maklumkan perbincangan akan dilakukan bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemilihan calon parti itu di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15.
  • Para penyokong PKR gesa calon parti itu ditukar susulan pengumuman BN yang meletakkan Khairy Jamaluddin di kerusi Parlimen tersebut.
  • “Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti,” – Rafizi Ramli.
  • Di ruangan komen akaun Twitter @rafiziramli, rata-rata penyokong PKR luahkan kebimbangan dengan kehadiran KJ yang disifatkan calon kuat, berwibawa sekaligus mampu menyebabkan Sungai Buloh jatuh ke tangan BN.
  • Mereka harapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat keputusan tepat sebelum terlambat.

KUALA LUMPUR – Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan perbincangan akan dilakukan bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemilihan calon parti itu di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, langkah itu diambil susulan daripada maklum balas diterima daripada pengundi di kawasan tersebut.

“Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti,” katanya menerusi satu hantaran di Twitternya pada Rabu.

PKR pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa parti itu akan meletakkan Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R Ramanan sebagai calon di Parlimen Sungai Buloh bagi menggantikan penyandangnya R Sivarasa.

Bagaimanapun, para penyokong PKR menggesa calon parti itu ditukar segera susulan pengumuman BN pada Selasa yang meletakkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk bersaing di kerusi Parlimen tersebut.

Di ruangan komen akaun Twitter @rafiziramli, rata-rata penyokong PKR meluahkan kebimbangan dengan kehadiran Khairy Jamaluddin yang disifatkan sebagai calon yang kuat, berwibawa sekaligus mampu menyebabkan Sungai Buloh jatuh ke tangan BN.

Justeru, mereka mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan yang tepat sebelum terlambat.

Antara ciapan lain;

Malah, ada diantara mereka menyarankan agar Dato Hans Isaac diletakkan di Sungai Buloh bagi mengimbangi populariti Khairy Jamaluddin.

Pada PRU14, Sivarasa berjaya memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan memperolehi sebanyak 43,631 undi dan majoriti 26,634 dalam persaingan empat penjuru membabitkan calon daripada MIC, Pas dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending