Terkini
Ustaz Kazim tarik diri, Mohd Shafiq Fhadly calon baharu di Larut
Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan calon baharu bagi kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

- Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan calon baharu bagi kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
- Pengumuman itu dibuat berikutan calon yang diumumkan pada Selasa iaitu Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim telah menarik diri.
- Pengerusi BN negeri, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan nama Mohd Shafiq Fhadly Mahmud sebagai calon BN di kerusi berkenaan.
- “Pertukaran dibuat kerana Ustaz Kazim menarik diri pada saat akhir,” katanya sempena Pengumuman Calon PRU15 BN Perak di Ipoh pada Rabu.
IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan calon baharu bagi kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Pengumuman itu dibuat berikutan calon yang diumumkan pada Selasa iaitu Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim telah menarik diri.
Pengerusi BN negeri, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan nama Mohd Shafiq Fhadly Mahmud sebagai calon BN di kerusi berkenaan.
“Kerusi Parlimen Larut ada perubahan dan berbeza daripada yang diumumkan Presiden malam tadi.
“Pertukaran dibuat kerana Ustaz Kazim menarik diri pada saat akhir,” katanya sempena Pengumuman Calon PRU15 BN Perak di Ipoh pada Rabu.
AKAN MENYUSUL
Sumber: Sinar Harian
