Connect with us

Terkini

Pengundi Cina mahu parti politik lebih bertoleransi?

Masyarakat cina di Malaysia dijangka mengundi parti politik yang dilihat lebih bertoleransi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Pengundi Cina mahu parti politik lebih bertoleransi?
  • Penganalisis politik jangka pengundi cina akan memilih parti politik yang dilihat lebih bertoleransi pada PRU15.
  • Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kaum Cina berasa tidak selesa dengan parti yang banyak menggunakan isu perkauman, seterusnya memilih parti politik yang dilihat lebih bertoleransi.
  • Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis pula menyifatkan pengundi Cina sebagai pengundi taktikal dan berubah ikut keadaan.
  • “Kalau Cina ini pengundinya taktikal yang menjadi pertimbangan mereka, dia boleh mengundi BN.. Cina ini berubah.. Kita boleh tengok di Rantau berubah, di Tanjung Piai berubah,” kata Mujibu.

KUALA LUMPUR – Masyarakat cina di Malaysia dijangka mengundi parti politik yang dilihat lebih bertoleransi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kaum Cina berasa tidak selesa dengan parti yang banyak menggunakan isu perkauman, seterusnya memilih parti politik yang dilihat lebih bertoleransi.

“Kelompok ini digelar sebagai ‘participant’ maksudnya orang yang membuat keputusan politik berasaskan isu dan tidak begitu setia kepada parti.

“Mereka lebih kepada parti mana yang memperjuangkan isu menampakkan rentas kaum dan membela semua kaum.

“Participant biasanya dia akan sokong parti begitu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pola sokongan pengundi Cina yang dikatakan cenderung memilih Pakatan Harapan (PH) walaupun sokongan itu sedikit berkurangan berbanding sentimen PRU14.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis pula menyifatkan pengundi Cina sebagai pengundi taktikal dan berubah mengikut keadaan.

“Kalau Cina ini pengundinya taktikal yang menjadi pertimbangan mereka, dia boleh mengundi BN.. Cina ini berubah.. Kita boleh tengok di Rantau berubah, di Tanjung Piai berubah.

“Jadi ia mungkin berkait rapat dengan faktor-faktor masyarakat ini lebih melihat prestasi kerajaan dalam konteks ekonomi. 

“Hendak kata parti perkauman, saya rasa orang Melayu pun akan melakukan yang sama cuma parti-parti tertentu ini dia ada akar umbi yang kuat,” kata Mujibu.

Beliau berkata cita rasa pengundi Cina juga berkait rapat dengan sikap mereka menilai kemampuan kerajaan semasa. 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *