Connect with us

Terkini

Anwar ke Perak bagi mewujudkan satu lagi ‘Pulau Pinang’ – Azmin Ali

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim takut ditolak pengundi Melayu di Gombak, menyebabkannya membuat keputusan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dakwa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Anwar ke Perak bagi mewujudkan satu lagi ‘Pulau Pinang’ - Azmin Ali
Foto: Azmin Ali.
  • Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim takut ditolak pengundi Melayu di Gombak, sehingga menyebabkannya membuat keputusan bertanding di kerusi Parlimen Tambun.
  • Menurut Azmin Ali, Ia susulan kawasan Gombak merupakan majoriti Melayu dan Individu Melayu tidak akan menerima individu rakus kuasa.
  • “Orang Melayu, Cina dan India kena faham kita tidak boleh terima parti perkauman sempit dan kita kena tolak PH dalam PRU15 nanti,” – Azmin Ali.

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim takut ditolak pengundi Melayu di Gombak, menyebabkannya membuat keputusan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dakwa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali.

Beliau turut mendakwa, gabungan itu juga mahu mewujudkan satu lagi ‘Pulau Pinang’ di Perak

“Tinggalkan Port Dickson nak masuk bertanding di Gombak. Akhirnya lari ke Tambun pula.

“Sebab kawasan Gombak ni majoriti Melayu. Orang Melayu tak akan terima orang yang rakus kuasa. Jadi dia (Anwar) lari ke kawasan yang kurang pengundi Melayu.

“Orang Melayu, Cina dan India kena faham kita tidak boleh terima parti perkauman sempit dan kita kena tolak PH dalam PRU15 nanti,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Prihatin PN, semalam.

Anwar sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15, yang disandang bekas timbalannya, Azmin.

Katanya, beliau juga memilih untuk bertanding kerusi ‘pengkhianat’, manakala kerusi Port Dickson disandangnya kini lebih solid (kukuh), berbanding 2018.

Bagaimanapun, Anwar pada 20 Okt lalu mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dengan berkata, beliau tidak memilih kawasan yang mudah dimenangi untuk bertanding.

Beliau meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson yang dimenanginya dengan majoriti 23,560 undi, selepas menewaskan enam pencabarnya daripada PAS dan bebas pada pilihan raya kecil Oktober 2018.

Kerusi Parlimen Tambun kini disandang Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu. Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,320 undi pada PRU14, menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria.

Sumber: Free Malaysia Today 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *