Terkini
Dua jawatan TPM bukan tiga jika PH terajui kerajaan
Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dua dan bukannya tiga seperti yang dilaporkan media semalam.

- Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dua dan bukannya tiga.
- Setiausaha Akhbar kepada Anwar menjelaskan Presiden PKR itu hanya mengumumkan dua jawatan TPM.
- Dua jawatan itu membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) – Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dua dan bukannya tiga seperti yang dilaporkan media semalam.
Setiausaha Akhbar kepada Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah menjelaskan Presiden PKR itu hanya mengumumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).
“Pendirian dan semangat ini konsisten sejak era Pakatan Rakyat sehingga kini.
“Saya memohon jasa baik rakan-rakan media agar dapat memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan Anwar sebagai berkata PH akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan TPM diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.
Sumber: BERNAMA

You must be logged in to post a comment Login