Connect with us

Antarabangsa

Lizz Truss, PM Britain tersingkat dalam sejarah negara

Baru enam minggu berkhidmat sebagai Perdana Menteri Britain, Liz Truss mengumumkan perletakan jawatannya semalam, menjadikan beliau Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lizz Truss, PM Britain tersingkat dalam sejarah negara
Foto: Perdana Menteri Britain, Liz Truss.
  • Lizz Trus mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri semalam.
  • Ahli Parlimen Parti Konservatif mendesak peletakan jawatannya itu kerana tidak bersetuju dengan strategi pemotongan cukainya.
  • Truss kekal memegang jawatan itu sehingga penggantinya dipilih.
  • Dia juga menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyakat dunia selepas mengisytiharkan dirinya sebagai penyokong zionis Israel.

Baru enam minggu berkhidmat sebagai Perdana Menteri Britain, Liz Truss mengumumkan perletakan jawatannya semalam, menjadikan beliau Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah negara itu.

Keputusan itu berlaku selepas canselor barunya, Jeremy Hunt melancarkan hampir semua agenda ekonominya, tindakan yang sepatutnya merancakkan tugas Truss sebagai Perdana Menteri tetapi menjadi pengakhiran kepada penglibatan politiknya.

Memetik laporan Aljazeera, seorang profesor politik dari Royal Holloway, Universiti London memberitahu yang perubahan dasar cuba dilakukan Truss menimbulkan kacau-bilau dalam sejarah politik Britain. 

Strategi pemotongan cukainya mendapat tentangan dan mencetuskan keadaan pecah belah dalam kalangan ahli-ahli Parlimen Parti Konservatif.

Susulan itu, lebih 12 Ahli Parlimen Konservatif secara terbuka mendesak Truss meletak jawatan ekoran pelan pemotongan cukai diumumkannya yang mencetuskan kejutan pasaran ketika rakyat Britain bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun, Truss kekal sebagai Perdana Menteri sehinggalah penggantinya dipilih.

Sebelum ini Truss dengan bangganya mengisytiharkan dirinya seorang zionis dan penyokong kuat Israel dalam acara Rakan Konservatif Israel (CFI) ketika persidangan musim luruh partinya di Birmingham kira-kira dua minggu lalu.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *