Connect with us

Antarabangsa

Israel bengang Ketua PBB “tidak mengalu-alukan” pembunuhan Sinwar

Israel mengecam Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres kerana “tidak mengalu-alukan” pembunuhan Yahya Sinwar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres.
  • Israel mengecam Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres kerana “tidak mengalu-alukan” pembunuhan Yahya Sinwar.
  • Menteri Luarnya, Israel Katz dalam tulisannya di platform X menuduh ketua PBB itu “mengetuai agenda anti-Israel dan anti-Yahudi yang melampau”.
  • Tentera Israel mendakwa telah membunuh pemimpin Hamas itu di Rafah, Gaza pada Khamis, ketika kumpulan penentangan Palestin itu masih belum mengesahkan perkara itu.
  • Awal bulan ini, Katz dilaporkan melarang Guterres daripada memasuki negara itu kerana ketua PBB itu dilihat tidak “secara terang-terangan” mengutuk serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.
  • Tidak lama selepas serangan peluru berpandu Iran ke arah Israel susulan serangan rejim zionis ke atas Lubnan (sekutu Iran), Guterres dilaporkan mengutuk peningkatan keganasan di rantau itu tanpa menyebut secara spesifik mengenai Iran.

KUALA LUMPUR – Israel mengecam Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres kerana “tidak mengalu-alukan” pembunuhan Yahya Sinwar.

Menteri Luarnya, Israel Katz menuduh ketua PBB itu “mengetuai agenda anti-Israel dan anti-Yahudi yang melampau”.

Tentera Israel mendakwa telah membunuh pemimpin Hamas itu di Rafah, Gaza pada Khamis, ketika kumpulan penentangan Palestin itu masih belum mengesahkan perkara itu.

“Guterres tidak mengalu-alukan penghapusan pengganas besar Yahya Sinwar, sama seperti dia enggan mengisytiharkan Hamas sebagai organisasi pengganas selepas pembunuhan beramai-ramai pada 7 Oktober,” demikian tulis Katz di X dipetik The Telegraph pada Jumaat.

Katz berkata Israel akan terus menetapkan Guterres sebagai “persona non grata dan menghalang kemasukannya ke Israel”.

Awal bulan ini, Katz dilaporkan melarang Guterres daripada memasuki negara itu kerana ketua PBB itu dilihat tidak “secara terang-terangan” mengutuk serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.

Tidak lama selepas serangan peluru berpandu Iran ke arah Israel susulan serangan rejim zionis ke atas Lubnan (sekutu Iran), Guterres dilaporkan mengutuk peningkatan keganasan di rantau itu tanpa menyebut secara spesifik mengenai Iran.

“Saya mengutuk perluasan konflik Timur Tengah dengan (berlakunya) peningkatan demi peningkatan. Perkara ini mesti dihentikan. Kita sangat memerlukan gencatan senjata,” kata Guterres dipetik media.

Hubungan antara Israel dan PBB dan badan antarabangsa lain mencapai tahap terendah baru-baru ini sejak rejim Israel melancarkan serangan tanpa henti ke atas Gaza dan terkini di Lubnan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *