Connect with us

Terkini

Penganut Kristian tidak boleh ucap ‘Rest In Peace’

Penggunaan ucapan Rest In Peace (R.I.P) menimbulkan pertikaian ramai susulan kematian Ratu Elizabeth II sehingga ada yang mempersoalkan penggunaannya oleh umat Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penganut Kristian tidak boleh ucap ‘Rest In Peace’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan ucapan R.I.P menimbulkan pertikaian ramai sehingga ada yang mempersoalkan larangan penggunaannya bagi umat Islam, namun ramai tidak menyedari penganut Kristian juga dilarang menggunakannya ke atas individu beragama lain.
  • Tiada kesejahteraan dan ketenangan buat yang bukan Kristian, demikian kenyataan Got Question Ministries, sebuah organisasi missionari Kristian yang berpusat di Colorado, Amerika Syarikat berhubung persoalan agama Kristian mengenai ungkapan R.I.P.
  • Menurut kitab suci, seseorang yang mati tanpa ‘Christ’ tidak “beristirehat dengan tenang” (John 3:18). ‘Tidak ada damai sejahtera,’ firman Tuhanku, ‘bagi orang fasik’” (Isaiah 57:21), demikian menurut jawapan berkenaan ungkapan R.I.P di portal Got Questions, Biblical Answer.

KUALA LUMPUR – Penggunaan ucapan Rest In Peace (R.I.P) menimbulkan pertikaian ramai susulan kematian Ratu Elizabeth II sehingga ada yang mempersoalkan penggunaannya oleh umat Islam.

Namun ramai yang tidak menyedari ungkapan RIP juga sebenarnya tidak boleh digunakan penganut Kristian ke atas orang bukan Kristian mengikut kitab suci agama itu. 

‘Tiada kesejahteraan dan ketenangan buat yang bukan Kristian, demikian kenyataan Got Question Ministries, sebuah organisasi missionari Kristian yang berpusat di Colorado, Amerika Syarikat berhubung persoalan agama Kristian mengenai ungkapan R.I.P.

Dalam pada itu, persoalan yang sama diajukan dalam portal berkenaan ‘It is not biblical’ (bukan ajaran Bible) untuk mengucapkan R.I.P. 

Pada akhir kitab Daniel, seorang malaikat berbicara tentang kematian Daniel, berkata, “Engkau akan beristirehat” (Daniel 12:13). Dan nabi (Isaiah) berkata, “Orang yang berjalan dengan lurus masuk ke dalam damai, mereka mendapat ketenangan semasa mereka berbaring dalam kematian” (Isaiah 57:2). 

Kedua-dua petikan ini adalah paling hampir dengan idea di sebalik ungkapan R.I.P. namun perkataan tepat bagi berehat dengan tenang tidak digunakan.

Menurut kitab suci, seseorang yang mati tanpa ‘Christ’ tidak akan “beristirehat dengan tenang” (John 3:18). ‘Tidak ada damai sejahtera,’ firman Tuhanku, ‘bagi orang fasik’” (Isaiah 57:21).

Petikan di atas jelas menunjukkan bahawa tidak ada damai yang sejahtera bagi orang yang mati dan bukan beragama Kristian. Penggunaan ungkapan RIP juga seharusnya tidak diguna sewenang-wenangnya penganut Kristian mengikut kitab suci mereka.

Sumber: Got Questions

Author