Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu nafi gencatan senjata dan pembukaan semula Rafah

Mesir, Israel dan AS dikatakan bersetuju melaksanakan gencatan senjata di selatan Gaza bermula 0600 GMT (9 pagi waktu tempatan atau 2 petang waktu Malaysia), bertepatan dengan pembukaan semula lintasan sempadan Rafah, menurut dua sumber keselamatan Mesir hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Netanyahu nafi gencatan senjata dan pembukaan semula Rafah
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Mesir, Israel dan AS dikatakan bersetuju melaksanakan gencatan senjata di selatan Gaza bermula 0600 GMT (9 pagi waktu tempatan atau 2 petang waktu Malaysia), bertepatan dengan pembukaan semula lintasan sempadan Rafah.
  • Perkara itu bagaimanapun dinafikan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • “Pada masa ini tiada gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan di Gaza sebagai pertukaran untuk mengeluarkan warga asing,” menurut kenyataan daripada pejabatnya.

KAHERAH: Mesir, Israel dan AS dikatakan bersetuju melaksanakan gencatan senjata di selatan Gaza bermula 0600 GMT (9 pagi waktu tempatan atau 2 petang waktu Malaysia), bertepatan dengan pembukaan semula lintasan sempadan Rafah, menurut dua sumber keselamatan Mesir hari ini.

Persetujuan itu membolehkan bantuan dan pemindahan warga asing dilakukan di lintasan berkenaan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan perjanjian itu.

“Pada masa ini tiada gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan di Gaza sebagai pertukaran untuk mengeluarkan warga asing,” menurut kenyataan daripada pejabatnya.

Susulan serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, Israel melakukan pengeboman paling dahsyat yang pernah dilihat Gaza, selain mengenakan sekatan yang ketat dan sedang bersiap sedia untuk serangan darat.

Rafah, yang terletak di sempadan antara Semenanjung Sinai Mesir dan Gaza yang ditadbir Hamas, adalah satu-satunya laluan ke wilayah yang tidak dikawal oleh Israel.

Sumber Mesir berkata gencatan senjata akan berlangsung selama beberapa jam tetapi mereka tidak jelas mengenai tempoh sebenar.

Mereka juga berkata ketiga-tiga negara telah bersetuju bahawa Rafah akan dibuka sehingga 1400 GMT (5 petang waktu tempatan atau 10 malam waktu Malaysia) hari ini sebagai permulaan.

Sumber keselamatan dan sumber NGO di Al-Arish berkata bahawa trak bantuan masih menunggu di sana selepas pembukaan semula pada 0600 GMT.

Imej Reuters menunjukkan trak menunggu kebenaran untuk membuat perjalanan ke Rafah, yang boleh mengambil masa beberapa jam.

Mesir sebelum ini berkata lintasan itu tetap dibuka dari pihak Mesir sejak beberapa hari kebelakangan ini, tetapi tidak dapat beroperasi kerana pengeboman Israel ke atas pihak Palestin.

Perjanjian itu akan membenarkan pemindahan terhad pemegang pasport asing dari Gaza.

Bantuan yang datang dari beberapa negara dan organisasi terkandas di al-Arish menunggu persetujuan mengenai penyampaian bantuan dan pemindahan warga asing, yang menurut Setiausaha Negara AS Blinken telah dicapai selepas lawatan ke Kaherah.

Salama Marouf, ketua pejabat media kerajaan Hamas, berkata mereka belum menerima sebarang pengesahan daripada pihak Mesir mengenai niat untuk membuka lintasan itu.

Sementara itu, menurut Kedutaan AS di Israel, keadaan di Rafah semakin lemah, malah tidak dapat diramalkan bila laluan itu akan dibenarkan dibuka bagi tujuan transit.

Namun katanya, orang ramai yang berasa yakin dan selamat untuk menyeberangi laluan itu, boleh berbuat demikian.

Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu kenyataan berkata ia meningkatkan tahap kesiapsiagaan di hospital di beberapa wilayah bagi menangani situasi di Gaza.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *