Connect with us

Terkini

Kes 1MDB Najib : Saksi jawab “tidak tahu” dan “tidak pasti”

Dalam perbicaraan yang sedang berlangsung kini iaitu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kelihatan ‘terganggu’ dengan jawapan saksi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes 1MDB Najib : Saksi jawab “tidak tahu” dan “tidak pasti”
Foto: Bekas setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa
  • Dalam perbicaraan kes 1MDB yang sedang berlangsung kini, Peguam Muhammad Shafee menyoal saksi pendakwaan yang hanya menjawab “tidak tahu” dan “tidak pasti”
  • Saksi ke-26 pendakwaan iaitu bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berulang kali menjawab “tidak tahu dan “tidak pasti”.
  • Shafee tidak faham kenapa saksi itu dipanggil pendakwaan kerana ia tidak berguna.
  • Prosiding sedang berhenti rehat bagi perbincangan antara peguam Najib dengan timbalan pendakwa raya mengenai saksi itu.

KUALA LUMPUR – Dalam perbicaraan yang sedang berlangsung kini iaitu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kelihatan ‘terganggu’ dengan jawapan saksi.

Beliau mempersoalkan keterangan saksi yang tidak menjawab soalan berhubung tiga dokumen berkaitan 1MDB yang dikemukakan di mahkamah melalui e-mel yang terkandung dalam penyata saksi.

Ketika disoal Muhammad Shafee, saksi ke-26 iaitu bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berulang kali menjawab ‘tidak tahu’ dan ‘tidak pasti’.

Muhammad Shafee berkata, “Saya tidak faham kenapa saksi ini dipanggil kerana ia tidak berguna kepada kami. Perkara ini tidak membawa kami ke mana-mana. Ia adalah pertama kali saya bertemu dengan saksi macam ini.”

Muhammad Shafee kelihatan terganggu dengan jawapan saksi itu dan memaklumkan bahawa beliau tidak memahami mengapa saksi itu dipanggil pendakwaan.

Beliau menyoal saksi pendakwaan itu pada perbicaraan Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Siti Zauyah ketika ditanya sama ada beliau menyediakan penyata saksi terbabit, beliau berkata ia disediakan oleh dua pegawainya dan hanya ditunjukkan kepadanya pada saat-saat akhir.

Prosiding berhenti rehat bagi peguam berbincang dengan timbalan pendakwa raya dan mendapatkan arahan lanjut mengenai saksi itu.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *