Connect with us

Terkini

Kes 1MDB Najib bicara di MTKL hari ini

Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri perbicaraan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Khamis. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes 1MDB Najib bicara di MTKL hari ini
  • Selepas 2 hari di Penjara Kajang, Najib hadir bicara 1MDB.
  • Perbicaraan akan dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  • Najib tiba di MTKL jam 8.27 pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri perbicaraan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Khamis. 

Selepas 2 hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, Najib dilihat tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 8.27 pagi tadi. Ketibaan beliau menaiki SUV Hitam (dipercayai kenderaan rasmi Jabatan Penjara).

Beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pada Selasa, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *