Terkini
Najib ke ‘dalam’ siapa ke Pekan?
Datuk Mohd. Nizar Najib, anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak layak dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam kawasan Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
- “Datuk Mohd Nizar antara calon sesuai dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 bagi kerusi Parlimen Pekan.” – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan
- Parlimen perlu menunggu notis rasmi daripada Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan kepada bekas Perdana Menteri itu.
- “Jika dalam 14 hari terdapat permohonan untuk pengampunan diraja, maka kedudukannya kekal sehingga proses pengampunan selesai,”- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
KUALA LUMPUR – Datuk Mohd. Nizar Najib, anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak layak dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam kawasan Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly berkata, selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, beliau memenuhi syarat sebagai calon parti itu.
Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata Parlimen perlu menunggu notis rasmi daripada Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan kepada bekas Perdana Menteri itu.
Menurutnya ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 ribu ringgit serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.
“Jika termasuk dan Najib memfailkan semakan itu dalam 14 hari, maka kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal sehingga prosiding semakan tamat.
“Pada masa sama, Perkara 48 juga peruntukkan jika dalam 14 hari terdapat permohonan untuk pengampunan diraja, maka kedudukannya kekal sehingga proses pengampunan selesai,” katanya.
Beliau akan membuat pemakluman itu sekiranya Najib tidak memfailkan semakan, prosiding lain atau permohonan pengampunan dalam tempoh 14 hari.
“Saya kena tunggu 14 hari, bermula hari ini. Jika semua yang diperuntukkan dalam Perlembagaan tidak dilaksanakan dalam tempoh itu, barulah saya akan membuat keputusan (mengenai pengosongan kerusi Parlimen Pekan),” katanya.
Sumber: Utusan