Antarabangsa
Penahanan Imran Khan cetus kontroversi
Penahanan Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan telah dirancang lebih awal selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya.
- Penahanan Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan telah dirancang lebih awal selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya.
- Menurut peguamnya, ia sudah dijangka susulan rentetan dan kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa sebelum ini.
- Polis menahan ikon politik itu di Lahore, pada Sabtu (5 Ogos) atas tuduhan menjual hadiah negara secara haram.
- Menurut penganalisis politik, ia bakal memberi laluan mudah buat Perdana Menteri, Shehbaz Sharif dalam pilihan raya umum yang dijangka November depan.
PAKISTAN – Penahanan Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan telah dirancang lebih awal selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya.
Menurut peguamnya, ia sudah dijangka susulan rentetan dan kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Polis menahan ikon politik itu di Lahore, pada Sabtu (5 Ogos) atas tuduhan menjual hadiah negara secara haram.
Imran juga dituduh gagal mengisytiharkan hadiah itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Menurut penganalisis politik, ia juga bakal memberi laluan mudah buat Perdana Menteri, Shehbaz Sharif dalam pilihan raya umum yang dijangka November depan.
Selain berpotensi menghalang Imran daripada bertanding dalam pilihan raya berkenaan.
Penahanan itu mencetuskan kemarahan penyokong Imran yang mendesak agar dia dibebaskan dan berikrar untuk meneruskan bantahan di seluruh negara.
Sumber: Buletin Tv3