Antarabangsa
Enam pegawai polis AS seksa dua lelaki kulit hitam guna alat seks, taser dan pedang
Enam pegawai Polis Mississippi menyeksa dua lelaki kulit hitam menggunakan alat mainan seks, pistol taser dan pedang dalam insiden serangan selama sejam yang menyaksikan seorang daripada mangsa ditembak melalui mulut dan leher, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
- Enam pegawai Polis Mississippi menyeksa dua lelaki kulit hitam menggunakan alat mainan seks, pistol taser dan pedang dalam insiden serangan selama sejam yang menyaksikan seorang daripada mangsa ditembak melalui mulut dan leher, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
- Serangan ganas itu adalah sebagai menutup jenayah pelaku yang meninggalkan seorang mangsa berdarah ketika mereka menyembunyikan bukti jenayah, dalam insiden terkini membabitkan polis AS.
- “Defendan dalam kes ini menyeksa mangsa dengan kejam, mencabuli hak sivil warga yang sepatutnya mereka lindungi serta mengkhianati sumpah ikrar sebagai penguatkuasa undang- undang,” kata Peguam Negara, Merrick Garland dipetik Arab News.
- Lima bekas angggota Jabatan Polis Daerah Rankin Mississippi dan seorang anggota Jabatan Polis Richland itu mengaku bersalah atas kesalahan pelbagai itu, termasuk mencabuli hak sivil mangsa.
LOS ANGELES – Enam pegawai Polis Mississippi menyeksa dua lelaki kulit hitam menggunakan alat mainan seks, pistol taser dan pedang dalam insiden serangan selama sejam yang menyaksikan seorang daripada mangsa ditembak melalui mulut dan leher, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Serangan ganas itu adalah sebagai menutup jenayah pelaku yang meninggalkan seorang mangsa berdarah ketika mereka menyembunyikan bukti jenayah, dalam insiden terkini membabitkan polis AS.
“Defendan dalam kes ini menyeksa mangsa dengan kejam, mencabuli hak sivil warga yang sepatutnya mereka lindungi serta mengkhianati sumpah ikrar sebagai penguatkuasa undang- undang,” kata Peguam Negara, Merrick Garland dipetik Arab News.
Lima bekas angggota Jabatan Polis Daerah Rankin Mississippi dan seorang anggota Jabatan Polis Richland itu mengaku bersalah atas kesalahan pelbagai itu, termasuk mencabuli hak sivil mangsa.
Tertuduh mengakui menggari, mendera dan mengancam mangsa supaya meninggalkan Daerah Rankin, kata Jabatan Kehakiman AS.
Pendakwa Raya Kristen Clarke berkata apabila mangsa sudah cedera parah, pegawai polis (pesalah) cuba untuk memadam jejak dan bukti untuk menutupi kesalahan mereka.
Insiden itu akan meninggalkan trauma kepada mangsa dan masyarakat serta kehilangan kepercayaan kepada pegawai polis atas kelalaian tanggungjawab mereka, kata pendakwa raya itu.
Tertuduh iaitu Elward, Brett McAlpin, 52, Christian Dedmon, 28, Jeffrey Middleton, 46, Daneil Opdyke, 27, dan Joshua Hartfield, 31 mengaku bersalah atas semua pertuduhan itu.
Sumber: Arab News