Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin parti nasionalis NTK di India gelar Kristian, Muslim ‘anak syaitan’

Pemimpin Manithaneya Makkal Katchi (MMK), M H Jawahirulllah pada Selasa mengecam pemimpin parti nasionalis Naam Tamilar Katchi (NTK), Senthamizhan Seeman kerana komennya terhadap orang Islam dan Kristian.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin parti nasionalis NTK di India gelar Kristian, Muslim 'anak syaitan'
Foto: Pemimpin Parti Nasionalis Naam Tamilar Katchi (NTK), Senthamizhan Seeman.
  • Pemimpin Manithaneya Makkal Katchi (MMK), M H Jawahirulllah pada Selasa mengecam pemimpin parti nasionalis Naam Tamilar Katchi (NTK), Senthamizhan Seeman kerana komennya terhadap orang Islam dan Kristian.
  • Jawahirullah dalam satu kenyataan menuntut Seeman memohon maaf kepada penganut Islam dan Kristian  di India kerana menggelar mereka “sathanin pillaigal” (anak syaitan).
  • “Atas nama mengadakan protes, Seeman menunjukkan kemarahan kepada orang ramai dan ia boleh dikecam. Seeman harus memohon maaf kerana memanggil orang Islam dan Kristian sebagai sathanin pillaigal,” kata Jawahirullah.
  • NTK dilaporkan menganjurkan protes untuk mengutuk keganasan Manipur di Chennai pada Ahad.

Chennai – Pemimpin Manithaneya Makkal Katchi (MMK), M H Jawahirulllah pada Selasa mengecam pemimpin parti nasionalis Naam Tamilar Katchi (NTK), Senthamizhan Seeman kerana komennya terhadap orang Islam dan Kristian.

Jawahirullah dalam satu kenyataan menuntut Seeman memohon maaf kepada penganut Islam dan Kristian  di India kerana menggelar mereka “sathanin pillaigal” (anak syaitan).

“Atas nama mengadakan protes, Seeman menunjukkan kemarahan kepada orang ramai dan ia boleh dikecam. Seeman harus memohon maaf kerana memanggil orang Islam dan Kristian sebagai sathanin pillaigal,” kata Jawahirullah.

NTK dilaporkan menganjurkan protes untuk mengutuk keganasan Manipur di Chennai pada Ahad.

Semasa protes, Seeman dilaporkan berkata “Kristian dan Muslim bertanggungjawab atas semua keganasan yang berlaku di negara ini” dan “dengan mengundi untuk parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) dan Kongres, orang Islam dan Kristian telah menjadi anak syaitan”.

Klip video pendek kenyataan Seeman itu telah tular dan dikecam pertubuhan dan parti Islam.

“Umat Islam dan Kristian adalah sasaran orang yang bertanggungjawab atas keganasan Manipur dan mereka yang berdiam diri dalam isu ini. Bagi Seeman juga, orang Islam dan Kristian menjadi sasaran. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai yang dia bekerja untuk siapa,” kata Jawahirullah.

Seorang pelakon India, Raj Kiran turut mengutuk dan mengecam ucapan pemimpin NTK itu.

“Umat Islam diam bukan kerana mereka pengecut tetapi kerana mereka mengikut jalan nabi. Diam kita tidak sepatutnya disalahertikan sebagai pengecut,” kata Raj Kiran dipetik Times of India.

Sumber: Times of India

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending