Antarabangsa
Protes Mahsa Amini: Mahkamah Agung Iran batalkan hukuman mati
Mahkamah Agung Iran membatalkan hukuman mati yang dikenakan terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun yang disabitkan bersalah membunuh seorang anggota polis ketika protes di seluruh negara tahun lalu.
- Mahkamah Agung Iran membatalkan hukuman mati yang dikenakan terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun yang disabitkan bersalah membunuh seorang anggota polis ketika protes di seluruh negara tahun lalu.
- Iran menjatuhkan banyak hukuman mati terhadap protes yang dicetuskan oleh kematian wanita Iran-Kurdish Mahsa Amini pada September, ketika dalam tahanan polis.
- Republik Islam itu melaksanakan tujuh daripada hukuman mati dan mencetuskan kecaman antarabangsa dan sekatan Barat.
TEHRAN: Mahkamah Agung Iran membatalkan hukuman mati yang dikenakan terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun yang disabitkan bersalah membunuh seorang anggota polis ketika protes di seluruh negara tahun lalu.
Iran menjatuhkan banyak hukuman mati terhadap protes yang dicetuskan oleh kematian wanita Iran-Kurdish Mahsa Amini pada September, ketika dalam tahanan polis.
Republik Islam itu melaksanakan tujuh daripada hukuman mati dan mencetuskan kecaman antarabangsa dan sekatan Barat.
Mohammad Ghobadlou dijatuhi hukuman mati atas tuduhan salah laku pada Oktober selepas mahkamah mendapati dia bersalah menyerang pegawai polis, menyebabkan seorang maut akibat rempuhan kereta semasa protes.
“Mahkamah Agung membatalkan hukuman mati terhadap Ghobadlou dan merujuk kesnya kepada bidang kuasa baharu untuk menangani isu berkaitan kesihatan mentalnya,” lapor agensi berita Iran Mehr, memetik pasukan pembelanya.
Keluarga Ghobadlou merayu untuk mendapatkan pengampunan daripada mahkamah atas alasan dia mengalami gangguan bipolar.
Berpuluh-puluh pegawai polis adalah antara ratusan orang yang terbunuh semasa protes Amini, yang dilabel Tehran sebagai rusuhan yang dicetuskan oleh kerajaan asing.
Pihak berkuasa membuat ribuan tangkapan terhadap penunjuk perasaan dan penyokong mereka.
Sumber: Berita Harian