Connect with us

Antarabangsa

ICC buka siasatan baharu berhubung jenayah perang di Sudan

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka siasatan baharu terhadap dakwaan jenayah perang di Sudan yang mencetuskan kebimbangan besar terhadap keganasan yang semakin meningkat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

ICC buka siasatan baharu berhubung jenayah perang di Sudan
Foto: Ketua pendakwa raya, Karim Khan.
  • Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka siasatan baharu terhadap dakwaan jenayah perang di Sudan yang mencetuskan kebimbangan besar terhadap keganasan yang semakin meningkat.
  • Pengumuman itu dibuat oleh ketua pendakwa raya, Karim Khan, dalam laporan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC), selepas tiga bulan perang antara jeneral yang bertelagah menjerumuskan negara timur laut Afrika itu dalam keadaan huru-hara.
  • ICC sebelum ini sudah menyiasat jenayah di wilayah Darfur Sudan sejak 2005 selepas UNSC dan mahkamah yang berpangkalan di The Hague, Belanda mendakwa bekas pemimpin, Omar al-Bashir dengan kesalahan pembunuhan beramai-ramai.
  • Keadaan bertambah teruk dalam pertempuran baru-baru ini, dengan pegawai tertinggi PBB di Sudan menyeru pihak yang bertelagah untuk menghadapi akauntabiliti.

THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka siasatan baharu terhadap dakwaan jenayah perang di Sudan yang mencetuskan kebimbangan besar terhadap keganasan yang semakin meningkat.

Pengumuman itu dibuat oleh ketua pendakwa raya, Karim Khan, dalam laporan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC), selepas tiga bulan perang antara jeneral yang bertelagah menjerumuskan negara timur laut Afrika itu dalam keadaan huru-hara.

ICC sebelum ini sudah menyiasat jenayah di wilayah Darfur Sudan sejak 2005 selepas UNSC dan mahkamah yang berpangkalan di The Hague, Belanda mendakwa bekas pemimpin, Omar al-Bashir dengan kesalahan pembunuhan beramai-ramai.

Keadaan bertambah teruk dalam pertempuran baru-baru ini, dengan pegawai tertinggi PBB di Sudan menyeru pihak yang bertelagah untuk menghadapi akauntabiliti.

Berikutan itu, kira-kira 3,000 orang terbunuh dan tiga juta kehilangan tempat tinggal sejak pertempuran antara ketua tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan dan bekas timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo dari kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Kedua-duanya adalah orang penting dalam rampasan kuasa tentera 2021 yang menggagalkan peralihan negara kepada pemerintahan awam, berikutan penyingkiran dan penahanan Bashir pada 2019.

Susulan itu, PBB memberi amaran tentang kemungkinan pembunuhan beramai-ramai di Darfur, di mana sekurang-kurangnya 87 orang didakwa dibunuh bulan lalu oleh RSF dan sekutu mereka dikebumikan dalam kubur besar di Darfur.

Khan berkata, sekiranya kemungkinan itu benar-benar berlaku, bermakna wujud bahaya sejarah lama kesengsaraan dan penderitaan penduduk Sudan berulang lagi.

“Terdapat banyak dakwaan mengenai jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan sejak pertempuran meletus pada April lalu selain kesalahan lain akibat pengabaian yang lama oleh pihak berkaitan termasuk kerajaan Sudan.

“Bagaimanapun, dakwaan jenayah seksual dan berkaitan jantina adalah tumpuan siasatan baharu,” katanya yang turut menyatakan terdapat kemerosotan kerjasama Sudan dengan penyiasat PBB sebelum pertempuran tercetus.

Sebaliknya, Duta Sudan ke PBB, Al-Harith Idriss Al-Harith Mohamed, menafikan perkara itu dengan menegaskan kerajaan Sudan sentiasa bekerjasama dengan ICC.

Dilaporkan, kekurangan keadilan untuk jenayah di Darfur berlaku pada awal 2000-an, apabila Bashir mengerahkan kumpulan Janjaweed menyerang minoriti bukan Arab.

Bashir, 79, serta Ahmad Harun dan Abdel Raheem Hussein, dua tokoh terkemuka dalam kerajaan bekas diktator itu yang turut dikehendaki ICC, masih bebas.

Setakat ini, satu-satunya suspek yang menghadapi perbicaraan atas keganasan yang dilakukan di Sudan ialah pemimpin kanan kumpulan Janjaweed, Ali Muhammad Ali Abd al-Rahman.

Peguam bela al-Rahman dijangka membuka kes mereka bulan depan, dan Khan berkata, pertempuran terbaru di Sudan ‘tidak boleh menjejaskan’ perbicaraan.

PBB berkata, 300,000 orang terbunuh dan 2.5 juta orang kehilangan tempat tinggal dalam konflik Darfur 2003-2004.

Sidang kemuncak pemimpin dari jiran Sudan bertemu di Kaherah semalam bagi menggesa pertempuran dihentikan, tetapi sebaliknya ia terus berlaku dan menggegarkan ibu negara Khartoum. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *