Antarabangsa
10 maut akibat keganasan ketika pilihan raya India
Sekurang-kurangnya 10 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Bengal dekat Barat India, hujung minggu lalu, kata seorang pegawai semalam.
- Sekurang-kurangnya 10 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Bengal dekat Barat India, hujung minggu lalu, kata seorang pegawai semalam.
- Tragedi itu dikatakan membantutkan cubaan Parti Barathiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi, untuk merampas kembali negeri itu, yang terlepas ke tangan pembangkang pada pemilihan 2021.
- Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Nilanjan Shandilya, berkata hampir 700 bilik mengundi dalam pilihan raya ‘Panchayat’ atau majlis pentadbiran luar bandar akan dibuka semula pada Isnin, selepas pertempuran antara seteru politik mengganggu pengundian, Sabtu lalu.
- Laporan media memetik kejadian seteru politik saling berbalas tembakan, melempar bom ke arah orang ramai yang berkumpul untuk mengundi dan menyekat akses ke bilik mengundi, pada hujung minggu.
- Namun, media melaporkan jumlah lebih tinggi dengan akhbar harian Indian Express mendakwa sekurang-kurangnya 20 kematian berkaitan pilihan raya setakat Isnin, tetapi polis negeri enggan mengulas mengenai kes itu.
KOLKATA – Sekurang-kurangnya 10 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Bengal dekat Barat India, hujung minggu lalu, kata seorang pegawai semalam.
Tragedi itu dikatakan membantutkan cubaan Parti Barathiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi, untuk merampas kembali negeri itu, yang terlepas ke tangan pembangkang pada pemilihan 2021.
Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Nilanjan Shandilya, berkata hampir 700 bilik mengundi dalam pilihan raya ‘Panchayat’ atau majlis pentadbiran luar bandar akan dibuka semula pada Isnin, selepas pertempuran antara seteru politik mengganggu pengundian, Sabtu lalu.
“SPR negeri menerima laporan mengenai 10 kematian ketika proses pengundian Sabtu lalu,” katanya.
Keganasan berkala mencengkam negeri di timur India itu apabila pilihan raya diumumkan sejak 8 Jun lalu.
Laporan media memetik kejadian seteru politik saling berbalas tembakan, melempar bom ke arah orang ramai yang berkumpul untuk mengundi dan menyekat akses ke bilik mengundi, pada hujung minggu.
Namun, media melaporkan jumlah lebih tinggi dengan akhbar harian Indian Express mendakwa sekurang-kurangnya 20 kematian berkaitan pilihan raya setakat Isnin, tetapi polis negeri enggan mengulas mengenai kes itu.
Keganasan politik sejak sekian lama menyelubungi Benggala Barat yang menjadi kubu kuat komunis selama beberapa tahun hingga parti Kongres Trinamool (TMC) pimpinan Ketua Menteri, Mamata Banerjee, berkuasa pada 2011.
TMC ketika ini memiliki majoriti dalam ‘Panchayat’, tetapi berdepan cabaran daripada BJP, yang berusaha menawan negeri itu selepas tewas pada 2021.
Jurucakap TMC, Shantanu Sen, berkata seteru politik tidak memiliki apa-apa untuk ditawarkan bagi menentang inisiatif pembangunan dirancang parti itu, menyebabkan mereka melancarkan keganasan terhadap ahli parti.
Pemimpin kanan BJP, Dilip Ghosh, berkata kerajaan negeri gagal menjaga keselamatan dengan pentadbiran sama sekali gagal membendung keganasan dan pertumpahan darah.
Sumber: Berita Harian