Terkini
Kalau menang beberapa kerusi PRN, apa MUDA boleh buat? – Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
- Tun Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
- Bekas Perdana Menteri berkata, langkah untuk bergerak solo itu dilihat sia-sia sekiranya hanya memenangi beberapa kerusi yang tidak memungkinkan untuk membentuk kerajaan di mana-mana negeri ditandingi MUDA.
- “Jika MUDA bergerak solo dan memasuki PRN dengan hanya memenangi beberapa kerusi, apa yang boleh dibuat dengan hanya beberapa kerusi itu.
- “Kamu kena jadi kerajaan (negeri) dan niat kita adalah untuk jadi kerajaan. Kita akan letak calon mencukupi, jika menang kita boleh jadi kerajaan (negeri),” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
SEPANG: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Bekas Perdana Menteri berkata, langkah untuk bergerak solo itu dilihat sia-sia sekiranya hanya memenangi beberapa kerusi yang tidak memungkinkan untuk membentuk kerajaan di mana-mana negeri ditandingi MUDA.
“Jika MUDA bergerak solo dan memasuki PRN dengan hanya memenangi beberapa kerusi, apa yang boleh dibuat dengan hanya beberapa kerusi itu.
“Kamu kena jadi kerajaan (negeri) dan niat kita adalah untuk jadi kerajaan. Kita akan letak calon mencukupi, jika menang kita boleh jadi kerajaan (negeri),” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas langkah MUDA yang diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil pendirian untuk bergerak solo di PRN enam negeri, akan datang.
Pengumuman itu menyaksikan akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara MUDA, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Sebagai rekod, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November lalu, MUDA beberapa kali memohon menyertai PH tetapi difahamkan sehingga kini PH belum memberi sebarang maklum balas.
Hari ini, MUDA menegaskan niat parti itu bekerjasama dengan PH bukan sekadar tidak dilayan, malah diperlekehkan.
Susulan itu, Syed Saddiq menegaskan anggapan yang menuduh pihaknya ‘tergesa-gesa’ dan enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak berasas.
Sumber: Berita Harian