Antarabangsa
Perdana Menteri Denmark beri ucapan guna teks ditulis ChatGPT
Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menyampaikan ucapan dalam Parlimen yang sebahagiannya ditulis menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) ChatGPT bagi menekankan aspek revolusi dan risiko melibatkan aplikasi itu.
- Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menyampaikan ucapan dalam Parlimen sebahagiannya ditulis menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) ChatGPT bagi menekankan aspek revolusi dan risiko melibatkan aplikasi itu.
- “Walaupun ia tidak selalu menjelaskan situasi sebenar dari segi perincian program kerja kerajaan dan tanda baca, ia adalah menarik dan menakutkan melihat apa yang mampu dilakukan aplikasi ini,” katanya.
- ChatGPT menjadi tumpuan akhir tahun lalu, menunjukkan keupayaan untuk menghasilkan esei, puisi dan perbualan daripada arahan paling ringkas.
BERN: Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menyampaikan ucapan dalam Parlimen yang sebahagiannya ditulis menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) ChatGPT bagi menekankan aspek revolusi dan risiko melibatkan aplikasi itu.
Ketua kerajaan Denmark itu memberi ucapan ketika Parlimen bersiap sedia untuk ditutup ketika musim panas.
“Apa yang saya baru baca di sini bukan dari saya atau mana-mana manusia lain berkaitan hal ini.
“Walaupun ia tidak selalu menjelaskan situasi sebenar dari segi perincian program kerja kerajaan dan tanda baca, ia adalah menarik dan menakutkan melihat apa yang mampu dilakukan aplikasi ini,” kata Frederiksen.
ChatGPT menjadi tumpuan akhir tahun lalu, menunjukkan keupayaan untuk menghasilkan esei, puisi dan perbualan daripada arahan yang paling ringkas.
Kejayaan program itu meningkatkan pelaburan berbilion dolar ke dalam bidang tersebut tetapi pengkritik membangkitkan kebimbangan tentang kesannya kepada masyarakat.
Antara yang paling dikhuatiri, termasuk kemungkinan chatbot boleh membanjiri web dengan maklumat yang salah, algoritma berat sebelah, menghasilkan bahan perkauman atau automasi berkuasa AI yang boleh membazirkan seluruh industri.
Sekumpulan ketua dan pakar industri, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman turut memberi amaran tentang potensi ancaman kepupusan yang ditimbulkan oleh teknologi itu.
Sumber: Utusan Malaysia