Connect with us

Antarabangsa

Dewan Rakyat Jepun lulus pindaan undang-undang berkaitan pelarian

Dewan Rakyat Jepun pada sidang pleno, semalam, meluluskan pindaan undang-undang imigresen yang akan membenarkan pihak berkuasa untuk menghantar pulang warga asing yang berkali-kali memohon status pelarian, lapor Xinhua.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dewan Rakyat Jepun lulus pindaan undang-undang berkaitan pelarian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Rakyat Jepun pada sidang pleno, meluluskan pindaan undang-undang imigresen akan membenarkan pihak berkuasa untuk menghantar pulang warga asing yang berkali-kali memohon status pelarian. 
  • Semakan undang-undang imigresen itu telah dikritik hebat oleh organisasi yang menyokong pencari suaka.
  • Entiti itu percaya sekiranya rang undang-undang itu diluluskan Parlimen dan digubal sebagai undang-undang, ia boleh menyebabkan individu terbabit dihantar pulang ke negara asal sehingga dikhuatiri bakal berdepan penganiayaan. 
  • Undang-undang dipinda itu bagaimanapun akan memberi status separa pelarian kepada individu dari wilayah dilanda konflik, membenarkan mereka tinggal di Jepun walaupun tidak layak untuk status pelarian penuh.

TOKYO: Dewan Rakyat Jepun pada sidang pleno, semalam, meluluskan pindaan undang-undang imigresen yang akan membenarkan pihak berkuasa untuk menghantar pulang warga asing yang berkali-kali memohon status pelarian, lapor Xinhua.

Semakan undang-undang imigresen itu telah dikritik hebat oleh organisasi yang menyokong pencari suaka.

Entiti itu percaya sekiranya rang undang-undang itu diluluskan Parlimen dan digubal sebagai undang-undang, ia boleh menyebabkan individu terbabit dihantar pulang ke negara asal sehingga dikhuatiri bakal berdepan penganiayaan.

Warga asing terbabit dipercayai bertindak memohon status pelarian beberapa kali kerana mengetahui bahawa sementara status permohonan berkenaan belum selesai, mereka tidak boleh dihantar pulang dari Jepun.

Pindaan undang-undang itu akan dibahaskan di Dewan Negara, dan bakal menamatkan penahanan lanjutan di kemudahan imigresen untuk pelarian, termasuk warga asing yang tinggal lebih masa serta tidak mematuhi perintah pengusiran.

Berdasarkan pindaan undang-undang terbabit, jika seseorang itu gagal dalam proses memohon status pelarian untuk kali ketiga atau lebih, dan tidak berjaya menunjukkan mengapa statusnya sebagai pelarian harus diluluskan, dia akan dihantar pulang oleh Kerajaan Jepun.

Undang-undang yang dipinda itu bagaimanapun akan memberi status separa pelarian kepada individu dari wilayah yang dilanda konflik, membenarkan mereka tinggal di Jepun walaupun tidak layak untuk status pelarian penuh.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *